Adidas secara rasmi telah mengumumkan rekaan model Stan Smith terbaru dengan warna coklat.
Kasut terbaru ini dikanali sebagai adidas Stan Smith Wheat dimana warna yang digunakan seakan warna gandum.

Sejak kemunculannya pada tahun 70-an, Stan Smith yang ikonik kini akan melangkah dengan rekaan baru dengan rupa yang diilhamkan oleh kasut but.

Adidas Stan Smith ini menggunakan material kulit tahan lasak pada bahagian atas seperti boot-style. adidas memilih warna gumsole pada bahagian tapak untuk menambahkan gaya lasak model ini.

Penggunaan ‘nut’ untuk bahagian lubang tali kasut menambahkan lagi keunikan kasut ini.
Kasut adidas Stan Smith Wheat ini mula dijual pada 1 Oktober 2018 dengan harga $100 (~RM400).