Connect with us

Viral

“Adik Long Tiger?” Remaja Rohingya Lagak Samseng Minta Sedekah Buat Netizen Berang

Umum mengetahui, perkara ini bukanlah suatu isu yang baharu tetapi kini semakin ramai peminta sedekah yang mengemis di lampu isyarat.

Pastinya anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta.

Apa yang diharapkan mereka adalah secebis ihsan daripada masyarakat untuk memberi sedikit wang buat mengalas perut mereka.

Namun lain pula dengan kiah yang tular baru-baru ini dimana seorang kana-kanak rohingya dikatakan berang apabila tindakannya meminta sedekah dirakam oleh perakam video tersebut mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut dengan berani menumbuk kereta dengan muka marahnya serta menundingkan jari ke arah pengguna jalan raya tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Cheras, Kuala Lumpur dan kanak-kanak tersebut sebenarnya ditemani oleh seorang lagi temannya yang ditugaskan untuk meminta sedekah di jalan yang sama.

Video yang tular:

Difahamkan, kejadian sebegini yang melibatkan warga ronhingya bukan lah satu topik yang baharu dalam masyarakat kita, sebelum ini, kira kira May 2020 telah tular tentang remaja berbangsa Rohingya cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga.

Kelibat peminta sedekah berbangsa Rohingya ini sering kelihatan di kawasan persimpangan jejambat ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Bukan itu sahaja, pada Oktober 2021, Harian Metro melaporkan bahawa aktiviti meminta sedekah dari kereta ke kereta sebenarnya sudah merebak ke beberapa lokasi di seluruh ibu kota.

Bagi lebih meraih simpati, mereka akan mendukung anak-anak di pangkuan sewaktu meminta sedekah.

Perkara ini nyata membahayakan keselamatan pengguna jalan raya oleh kerana cara ‘extreme’ mereka meminta sedekah.

Aktiviti meminta sedekah di tengah jalan raya juga perlu dibendung supaya ia tidak menjadi salah satu ‘budaya’ di negara ini.

Antara reaksi warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.