Connect with us

Semasa

“Adik sayang sangat papa” Ucapan Terakhir Anak Buat Bapa Sebelum ‘Pergi’ Menghadap Ilahi

“Adik sayang sangat papa” telah menjadi ucapan terakhir dari Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin sebelum pergi buat selamanya.

Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, telah ditiikam oleh bapa saudaranya di Felda Cherul 2, Kemaman, Terengganu petang semalam.

ADIK sayang sangat papa

“ADIK sayang sangat papa”. Itu ucapan penuh bermakna yang pastinya tidak akan dilupa oleh ayah mangsa Mohd Taquddin Ramli, 33, selepas dimaklumkan anaknya itu ditikaam.

Menurut Mohd Taquddin, dia sangat terkejut selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anaknya ditikaam jam 1.30 petang semalam.

Dia yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor berkata, dia bergegas pulang ke Kemaman sejurus mendapat tahu berita sedih itu.

Saya tidak putus-putus berdoa supaya Nur Hafiya tidak serius

“Ketika itu saya sedang bekerja, dalam keadaan terkejut saya tidak putus-putus berdoa supaya kecederaan dialami Nur Hafiya tidak serius”.

“Kira-kira 10 minit selepas itu, saya mendapat maklumat dia (Nur Hafiya) gagal diselamatkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman, hari ini.

Tambah bapa berusia 33 tahun itu, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya yang berusia tiga tahun berkenaan pada Ahad lalu ketika Nur Hafiya datang melawatnya di Johor.

Dia sangat manja dan sering bergurau dengan saya

“Nur Hafiya beritahu datuknya yang dia rindu saya, sebelum dibawa berjumpa saya”.

“Selama dua hari bersama, perangainya agak pelik. Dia amat manja dan sering bergurau dengan saya, kasih sayangnya nampak lain sangat,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya Mohd Taquddin lagi, pada malam terakhir bersama Nur Hafiya, arwah sering mengusap kepala dan janggutnya.

Dia kerap bercerita mamanya berada di syurga

Selain itu, Nur Hafiya juga turut beberapa kali memberitahu yang arwah sangat menyayanginya.

“Dia juga kerap bercerita mamanya kini berada di syurga”.

“Saya tidak menyangka itu petanda Nur Hafiya akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Kematian isteri tahun lalu dan hilang anak tahun ini

Dengan nada sedih Taquddin berkata, kesedihannya yang kematian isteri akibat kemalangan tahun lalu masih belum terubat dan kini dia pula kehilangan anak kesayangannya itu.

Sebelum ini, isterinya Umie Baizura meninggal dunia akibat kemalangan Ramadan lalu yang menyebabkan Nur Hafiya dijaga oleh keluarga terdekat lain.

Difahamkan, suspek yang berusia 26 tahun dipercayai penagiih dadahh dan pesakit mental ditangkap petang semalam.

Selain itu, suspek telah menikaam mangsa pada bahagian dada sehingga menyebabkan kematian.

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: [VIDEO] Ingat Anak Ajak Buat Video TikTok, Rupanya 9 Beradik ‘Prank’ Mak Ayah Sendiri | YOY Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.