Connect with us

Semasa

Ahli Perniagaan Mahu Bayarkan Kompaun Isteri Ziarah Suami Di SJR Pada Aidilfitri

Baru-baru ini telah viral sekeping foto menyaksikan seorang isteri bersama tiga anak dipercayai menziarah suaminya ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) telah menjadi perhatian ramai.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di SJR Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya.

Namun begitu, berdasarkan hasil siasatan mendapati mereka sekeluarga tinggal di daerah Putrajaya.

Datuk Sunny Ung berhasrat membayarkan kompaun wanita itu

Ekoran dari penularan foto tersebut, wanita itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana dipercayai melanggar SOP.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, seorang ahli peniagaan yang dikenali sebagai Datuk Sunny Ung berhasrat untuk membayarkan kompaun tersebut kerana kasihan pada wanita itu.

Kehadiran isteri dilihat sebagai sebuah pengorbanan

Menerusi laporan dari Harian Metro, Datuk Sunny Ung menganggap kehadiran isteri bersama anak-anak ke lokasi suaminya bertugas adalah dilihat sebagai sebuah pengorbanan.

Ahli perniagaan itu akan berhubung dengan keluarga tersebut untuk urusan pembayaran kompaun.

Sedih tapi ia tetap kesalahan kerana langgar SOP

“Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan.”

“Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).”

Isteri dan anak-anak ingin beraya dengan seorang ayah

“Namun, untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anaknya membawa juadah raya dan ingin beraya dengan seorang ayah.”

“Namun, untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anaknya membawa juadah raya dan ingin beraya dengan seorang ayah.”

Wanita ini jalankan tanggungjawab sebagai isteri

“Wanita itu juga menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan menghantar juadah raya kepada suami yang terpaksa bertugas,” katanya.

Walaubagaimanapun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu ketika ini.

Ia akan dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas

Kita tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa.

Sementara itu, terdahulu isu ini menjadi perbualan hangat apabila sekeping foto yang memaparkan seorang wanita bersama tiga anaknya yang dipercayai menziarah suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, Putrajaya.

Hasil soal siasat yang dijalankan, anggota tersebut bersama keluarganya tinggal di daerah Putrajaya.

Dikenakan kompaun sebanyak RM2,000

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, menjelaskan wanita itu sudah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali foto yang tular itu secara tidak langsung menyebabkan pihak polis menerima pelbagai respon daripada netizen.

Menaiki dua kenderaan yang berbeza

Isteri dan anak-anak anggota terbabit datang menaiki dua kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi itu.

Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua kenderaan berbeza.

Langgar SOP PKP dengan menziarahi suami di SJR

Susulan daripada itu kompaun telah dikeluarkan ke atas isteri anggota terbabit mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021] kerana melanggar SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.


Kepentingan awam melebihi kepentingan individu

Pada awalnya, perbuatan itu dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada hari raya atau pun hari biasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.