Isu perkahwinan PU Abu nampaknya masih belum berpenghuung apabila bekas isterinya Hana Azraa membuat kenyataan terbaru.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hana mendakwa PU Abu dan bekas isterinya Ain Afini telah rujuk dua minggu selepas pernikahannya dengan Hana Azra.
Menurut Hana, dia bukannya mahu masuk campur hal orang lain namun disebabkan dituduh dengan perkara bukan-bukan memaksanya untuk membuka mulut.
“I nak clear kan semua benda. Serious dah tak kuasa nak layan benda benda ni. Tak habih habih lagi hampa noh.
“Depa takmau ngaku biaq i habaq. I habaq bukan sebab i busy body ka apa ka. Serious dak. Tapi sebab orang dok tuduh tuduh i yang bukan bukan.
“Ha.. Ya depa dua tu masih suami isteri. Ain & Abu sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah.
“Isteri abu sufyan itu ain afini. Bukan Hana Azraa. Mohon jelas ya semua. Antara i dengan dia takdak apa apa melainkan dia dan Mateen. Sekian.”
Sebelum ini, Hana mendedahkan rumah tangga yang dibina kira-kira hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk pada Khamis .
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Hana menjawab soalan dari pengikutnya dan mengesahkan sudah membawa haluan masing-masing.
“Kami dah bawa haluan masing-masing”
Malah, menerusi laporan dari mStar, Hana juga mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu sedang fokus urusan penceraian di mahkamah.
“Ya… memang kami sudah buat haluan masing-masing dan sekarang ni nak fokus urusan perceraian di mahkamah.”
Namun begitu Hana tidak boleh menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di dalam rumahtangganya.
Dia menganggap apa yang sudah berlaku biarkan saja berlalu.
“Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami saya tak boleh cerita. Apa yang sudah lepas itu biarlah berlalu.”
Bagaimanapun ruangan komen di laman Instagram miliknya ditutup dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada Ain dan juga PU Abu.