Kebelakangan ini, terdapat pelbagai fenomena alam yang dapat kita lihat sama ada di negara sendiri ataupun di negara lain.
Tidak dinafikan, perkara sebegini sekaligus membuatkan ramai resah kerana takut jika berlakunya banjir besar ataupun tsunami.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana air laut di Pantai Sampur Bangka Belitung (Babel), Indonesia menjadi surut hingga terlihat hamparan pasir yang luas dan jelas nyata membuatkan ramai risau.
Memetik Kompas.com, penduduk dan masyarakat yang melihat kejadian tersebut menzahirkan kerisauan air yang surut itu merupakan pertanda akan berlakunya tsunami. Dapat dilihat juga perahu nelayan terdampar di tengah-tengah laut berpasir.
Menerusi video yang tular di laman Facebook, dapat kita lihat penduduk di sekitar itu mengambil peluang untuk berkumpul dan menyaksikan sendiri kejadian berkenaan sekaligus bimbang mengenai potensi tsunami.
Bagi menjernihkan suasana yang tegang itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan satu kenyataan dimana Ketua BPBD Bangka Belitung iaitu Mikron Antariksa mengatakan ianya merupakan fenomena biasa dan akan kembali pasang.
“Fenomena ini berlaku apabila masuknya musim barat dan dipengaruhi oleh bulan. Dalam pada itu, Bangka Belitung juga tidak termasuk dalam kawasan aktif gempa bumi hingga menyebabkan tsunami,” jelasnya.
Pun begitu, beliau meminta orang ramai agar tetap berjaga-jaga berikutan cuaca ekstrem yang berpotensi melanda Bangka Belitung.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Klimatologi (BMKG) Pangkalpinang meramalkan bahawa hujan sederhana hingga lebat disertai dengan kilat masih berpotensi melanda beberapa kawasan di Bangka Belitung.
Antara kawasan yang mungkin terjejas akibat cuaca buruk itu adalah Sijuk, Kelapa kampit, Dendang, Nasik Strait, Belinyu, Air Gegas, Girimaya, Rangkui dan Taboali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan kesejahteraan penduduk di sana dan berharap agar tiada sebarang fenomena alam yang dapat menjejaskan penduduk setempat.
Antara komen warga maya:
“Takut tsunami je.. semoga dalam keadaan selamat da dalam lindungan Allah SWT”
“Hati-hati boleh terjadi tsunami..”
Video yang tular di Facebook: