Menjadi seorang muslim bukanlah satu alasan untuk kita tidak boleh berbuat baik dengan anjing malah apa pun jenis agama yang berada di muka bumi mengajar kita untuk berbuat baik terhadap binatang seperti memberikan makan jika mereka sedang kelaparan dan menyelamatkan mereka jika berada dalam bahaya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki memberi makan kepada sekumpulan anjing mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok @faiz.aizif, memaparkan sekumpulan ajing laju berlari ke arahnya apabila terdengar bunyi motor faiz.
Difahamkan, anjing tersebut mula kenal faiz dan ia menyebabkan faiz langsung tidak berasa takut dan ajing itu juga tidak berasa terancam
“alhamdulillah, sebab dia dah mula kenal kita, bila dia dah mula kenal kita, kita pun tak rasa dtakut dengan dia dan dia pun tak rasa takut dengan kita.. suruh makan pun teratur je.. tahu yang kita nak bagi makan” ujarnya.
Dapat juga kita lihat anjing tersebut sedikit takut apaila camera man mendekati mereka kerana masih tidak biasa.
Faiz juga membawa bekas untuk mereka makan atas permintaan ramai kerana ianya lebih mudah untuk mereka namun kelihatan anjing tersebut tidak mahu makan dengan cara tersebut dan inginberselerak di atas tanah sahaja.
“tapi sebenarnya anjing ni taknak makan dalam bekas, dia nak kita buat dia makanan dia tu macam shellout, takpe kita turuti” ujarnya berseloroh.
Dia juga mengikut pesanan orang ramai agar membawa sedikit air untuk anjing tersebut dan kelihatan dia membawa air berjenama ‘Evian’ yang disifatkan sebagai ‘Air T20’.
Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:
ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 756.9K tontonan, 71.2K tanda suka, 1834 komen dan 477 perkongsian di applikasi TikTok
Meninjau di ruangan komen, rta-rata warga netizen kagum melihat lelaki ini malah ada yang berseloroh mereka pun tidak pernah merasa air ‘T2O’ itu.
Berikut merupakan komen warga maya:
“Aku sendiri pun tak pernah minum Evian seumur hidup”
“pergh!!! air pak2 menteri.. ko ado??”
“moga di permudahkan segala urusan dan lebih di murahkan rezeki asbab kebaikan pada anjing2 ni”