Connect with us

#MalaysiaBaru

AirAsia Akan Gantung Penerbangan KL-Auckland-KL

Ini adalah berita penting bagi anda yang telah membeli ataupun merancang untuk melancong ke New Zealand. AirAsia X Bhd akan menggantung perkhidmatan penerbangan harian ke dan dari Auckland, New Zealand, bermula 11 Feb, 2019.

Pengumuman ini susulan kajian semula rangkaian berkala yang bertujuan menambah baik kecekapan operasi.

“Sebagai sebahagian daripada kajian semula itu, AirAsia juga akan menyatukan kapasitinya di laluan tersebut daripada tujuh kali seminggu kepada empat kali seminggu bermula 29 Jan, 2019,” kata syarikat sekutunya, AirAsia Bhd, dalam satu kenyataan hari ini.

Walaubagaimanapun, para pelanggan yang telah membeli tiket akan ditawarkan pilihan sama ada bertukar penerbangan, laluan semula, akaun kredit atau bayaran balik penuh.

“Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi emel, SMS atau panggilan berdasarkan butiran hubungan yang disediakan dalam tempahan asal.

Katanya lagi, AirAsia amat menggalakkan semua pelanggannya mengemas kini butiran hubungan mereka di airasia.com.

Perkara itu penting bagi memastikan mereka dapat dihubungi bagi bantuan selanjutnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.