Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.
Dengan adanya kemudahan ini, ianya menjimatkan masa dan tenaga kita namun pernah tak terfikir bagaimana mereka berbuka puasa jika terpaksa menghantar order pada waktu tersebut?
Sedangkan dalam islam, sunat kita untuk menyegerakan berbuka puasa bukan? Namun, demi mencari rezeki dia laksanakan juga tugasnya sehingga selesai.
Namun lain pula ceritnya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda ini mengajak rider ini berbuka sekali dengannya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @acak_east, dia memberitahu bahawa dia sengaja memesan makanan lewat agar dapat berbuka sekali dengan rider.
Dapat kita lihat, rider grab tersebut berada dalam keadaan mengah kerana perlu menaiki tangga untuk ke rumah pemuda ini.
“Masa ni dia tengah mengah/semput naik tangga.. masa ni un nak dekat berbuka.. saya paksa berbuka sekali sebab tak baik melewatkan berbuka” katanya.
Pada awalnya, dia menolak dengan baik ajakkan pemuda ini oleh kerana segan namun setelah dipujuk, akhirnya dia setuju untuk berbuka bersama. Mereka juga kelihatan berborak kosong ketika makan.
Semasa ketiadaan rider tersebut, pemuda ini sempat menuli sepucuk surat dan meletakkan sejumlah wang sebagai ‘reward’ tanda terima kasihnya kepada rider tersebut.
Menyedari ‘reward’ tersebut, rider itu menitiskan air mata dan tidak menyangka Allah hadirkan rezeki melalui cara yang luar biasa untuknya.
“kita bagi hadiah/reward sebagai tanda terima kasih. Masa ni kita record secara tersembunyi bagi dia tak perasan kita.. anda lihatlah sendiri sampai saya menitis air mata dan saya terpaksa off kan record dan terus memeluk dia”
Video yang tular dilaman TiKTok:
Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 244.7K tanda suka, 11K komen dan 6057 perkongsian di applikasi TikTok.
meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh pemuda ini dan berharap lebih ramai manusia seperti ini diluar sana.
Berikut merupakan komen warga maya: