Connect with us

Viral

‘Akak Rider’ Bawa Anak Istimewa Ketika Bekerja, Kegigihan Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat dan banyak lagi.

Secara tak langsung ianya membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai yang mungkin ada diantara mereka yang hilang punca pendapatan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna jalan raya sempat merakam situasi dimana seorang rider perempuan bekerja sambil membawa anaknya yang masih kecil mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ mama2jaz dapat kita lihat rider wanita tersebut melatakkan anaknya di dalam baby carrier bagi memudahkannya untuk membawa motorsikal.

Dapat kita lihat, anak tersebut tidur keletihan menemani ibunya yang bekerja di bawah terik matahari demi kelangsungan hidup.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana wanita tersebut hendak menggendong baby carrier dan bag food panda tersebut. Sudah pasti ianya sangat berat dan memerlukan tenaga yang banyak.

“Demi kelangsungan hidup gigih bawa anak kecil bersama mencari rezeki.. serius tersentuh naluri ku ini.. struggle demi sesuap nasi..” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menurut beberapa sumber, terdahulu Ustaz Ebit Lew pernah membantu meringan beban akak rider tersebut dengan memberikannya sebuah rumah serta kelengkapan rumah, barang keperluan dan menghadiahkannya sebiji motorsikal malah motorsikal yang dibawanya itu adalah motorsikal yang dihadiahkan oleh Ustaz Ebit Lew.

Difahamkan, anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) dengan mengalami cacat penglihatan.

Pernah juga ibu ini cuba untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh, namun sayangnya anaknya pula menjadi mangsa dengan kesan bengkak di tubuh.

Dek kerana tidak mahu perkata tersebut berulang kembali, dia bagaimana pun tekad membawa anaknya dah bersusah senang bersama-sama anak tercinta.

Video yang tular di laman TikTok:

@mama2jaz Semoga beliau diberikan rezeki yg melimpah ruah… demi kelangsungan hidup gigih bwk anak kecik bersama mencari rezeki.. serius tersentuh naluri ku ini… #struggle ♬ original sound – Kakpikah – Tiyascarves

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat kesungguhan wanita tersebut dalam mencari rezeki halal dan dalam masa yang sama tidak mahu terjadi perkara buruk kepada anaknya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“hebat wanita.. moga kakak dan anaknya murah rezeki”

“sebak tengok macam ni.. dia rajin berusaha tidak meminta-minta.. ”


“apa lagi cara.. apa lagi daya.. mak2 memang macam tu.. semangat dan aura anak tu tetap ada untuk mak dia terus mencari nafkah..”

“begitulah hebat seorang wanita.. susah macam mana pun anak adalah kekuatannya”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.