Connect with us

Selebriti

Akan Lakukan Umrah, Shuk Sahar Akui Kesilapan Akhirnya ‘Makan Diri & Tekad Berubah

Terdahulu, seorang pengacara dan pelawak terkenal, Shuk Sahar yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak beberapa tahun lalu ini masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Kisah rumah tangganya juga akhirnya bertemu jalan penyelesaian apabila kedua-dua pihak memutuskan untuk berpisah secara baik. Walaupun isteri masih menyayangi tapi dia mengakui tidak mahu kembali untuk bersama.

Pun begitu, pelawak Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohamad Shukri bin Mohamad Sahar ini memaklumkan akan melakukan ibadah umrah bersama jemaah lain.

Walau bagaimanpun, dia telah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik perkongsian gambar bersama luahan hatinya di laman Instagram.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik olehnya, dia mengakui segala perbuatan dan khilafnya sebelum ini telah mempengaruhi kehidupan dirinya. Malah dia turut mengatakan sudah masanya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan turut memohon maaf andainya ada menyakiti hati mana-mana pihak.

“Hidup ini satu pilihan ye aku sangat setuju pilihan yang kita buat mempengaruhi apa yang bakal jadi kedepan. Doakan aku supaya dapat membuat pilihan yang betul maafkan aku kalau ada salah silap aku.. Kalau kita buat salah berani akui salah silap kita hadapi kesan dari salah silap kita dan terus cuba perbaiki salah silap kita…Maafkan aku..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada masa yang sama, perkongsian yang lain dia turut meluahkan pendapatnya tentang komen-komen netizen yang mengatakan dirinya seperti meminta simpati orang ramai kerana ingin berubah.

“Dah takde duit lah tu baru nak jadi baik…. dah takde duit lah tu baru nak berubah mintak kesian..dah xd kerja lah tu baru nak mintak simpati…….tapi pada aku bro berubah betulkan salah bukan tunggu sampai kau dah takde nyawa kan?…” ujarnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet telah memberikan pelbagai reaksi berkenaan luahan hatinya yang ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Bukan itu sahaja, mereka turut mendoakan agar pelawak ini dipermudahkan urusan serta menitipkan bebera pesanan buat diri agar terus istiqomah.

Antara komen warganet:

“Yg ckp cmtu belum tntu Allah jentik hati dia utk berbuat baik..tgok saja perkataan yg dikluarkan..kalau dia baik, dia x kn berkata cmtu..”


“Jangan sembang je lebih tapi buktikan shuk. Taknak menjatuhkan tapi nak sokong benda positive jer”


“Anggap ini adalah pembelajaran dlm kehidupan….rugi bakat kau besar syuk..smg lps ni byk rezeki kau masuk ….”


“It’s okey bro…semua org bt silap…cuma peliknya kesilapan sma berulang smpai mkn dri….tp awk berani hadapi semua tu…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)

Continue Reading
Advertisement