Setelah hampir seminggu hilang, jasad disyaki pelakon siri televisyen popular Glee, Naya Rivera akhirnya ditemui terapung di dalam Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat.
Penemuan itu sekaligus menjawab segala misteri selepas kehilangan Naya, 33, pada Rabu lalu ketika berenang di tasik berkenaan.
Pencarian Rivera dalam tasik tersebut diterusklan dengan penggunaan peralatan sonar oleh pasukan penyelam sejak Isnin selain bantuan helikopter dan anjing pengesan.
“Apabila berdepan situasi sebegini, amatlah sukar untuk setiap individu yang terlibat.
“Saya tidak boleh bayangkan perasaan keluarga mangsa,” kata ketua pasukan penyelamat, Kapten Eric Buschow kepada media tempatan.
Sebelum ini, pelakon Glee itu hilang selepas keluar berenang bersendirian meninggalkan anak lelakinya yang berusia 4 tahun, Josey Hollis Dorsey, di dalam bot.
Bagaimanapun, bot yang dinaikinya ditemui bersama seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, dipercayai anak lelakinya.
Pasukan penyelamat sedang mempergiatkan usaha mencari Rivera menggunakan helikopter, dron dan kumpulan penyelam.
Kanak-kanak yang ditemui sedang tidur itu memberitahu ibunya pergi berenang namun tidak pulang ke bot mereka dalam tempoh yang lama.
“Terdapat banyak halangan untuk mencari orang yang hilang di dalam hutan simpan ini dengan kadar penglihatan yang sukar,” kata Kapten Eric Buschow dari pasukan penyelamat.
Kali terakhir River berkongsi fotonya bersama anak lelaki pada petang Selasa dengan kapsyen berbunyi; “Hanya kami berdua.”
Rivera pernah popular menerusi watak Santana Lopez dalam Glee sekitar tahun 2009 hingga 2015 dan pernah muncul dalam sitkom The Royal Family serta membintangi filem The Master of Disguise.
Rivera telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dengan pelakon Ryan Dorsey namun berpisah pada 2018.