Connect with us

Semasa

Akhirnya Kepala Dua Beranak Dikerat 8 Ditemui Di Atas Siling Rumah

Kepala dua beranak dipercayai menjadi mangsa pembunuhan tragis susulan penemuan lapan bahagian anggota badan petang Khamis lalu, ditemui disorok di siling rumah sewanya Taman Merdeka Jaya, lapor Astro Awani.

Kedua-dua kepala yang ditemui di lokasi yang sama itu berjaya ditemukan pada malam Jumaat lalu, susulan penahanan suami yang merupakan suspek utama kes pembunuhan berkenaan.

Menurut seorang jiran yang enggan dikenali berkata, meskipun dilaporkan mangsa telah dibunuh sejak lebih lima hari sebelum bahagian anggota badannya ditemui, dia tidak terhidu sebarang bau yang mencurigakan.

“Saya terkejutlah tengok laporan ada yang kata kepala jumpa dalam rumah kerana tiada apa-apa bau yang pelik.

“Tong sampah pun polis dah angkat sebab saya dengar-dengar dia ada juga buang sikit (anggota badan) dalam tong itu,” katanya yang menyifatkan peribadi keluarga berkenaan sebagai sebuah keluarga penyayang.

Media sosial sebelum ini tular mengenai satu laporan pembunuhan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun yang dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri yang merupakan warga Singapura.

Pembunuhan itu dikaitkan dengan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong pada Khamis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.

“Identiti individu berkenaan kita perlu mendapatkan pengesahan terutamanya daripada keluarga dan juga keputusan bedah siasat.

“Keputusan lanjut dari semasa ke semasa biarlah pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak kerana apa sahaja kemungkinan ditularkan akan mengganggu siasatan kita,” katanya.

Astro AWANI Khamis lalu melaporkan Polis menemui lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.

Kemudian pada Sabtu, suspek warga Singapura yang ada hubungan dengan kedua-dua mangsa di reman selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis dijangka akan mengadakan sidang media hari ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.