Masalah parking kereta sudah jadi kebiasaan terutama penduduk dikawasan bandar. Kereta jiran parking depan pintu pagar atau double parking sememangnya satu perkara yang sangat menyakitkan hati apatah lagi jika kita memang ada emergency dan perlu menunggu mereka untuk mengalihkan kereta.
Kalau diletakkan nombor telefon untuk dihubungi tak apa, tapi bagaimana jika dia parking tanpa izin, tidak meninggalkan nombor telefon dan tidak menurunkan hand brake?
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengamuk dan bertindak mematahkan side mirror sebuah kereta jenis Perodua Myvi mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang penggun TikTok iaitu @utusantvoffcial, wanita berbaju merah itu turut mengetuk kereta tersebut dengan menggunakan penyapu dan dipercayai kejadian berlaku di Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Difahamkan, mangsa telah pun meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan untuk mengalihkan kereta milik bapa mangsa yang dibeli pada tahun 2017 namun wanita itu tetap bertindak agresif kerana tidak berpuas hati.
Tidak cukup dengan itu, mangsa yang juga wanita berusia 21 tahun bekerja sebagai ejen hartanah turut membuat laporan polis dan meminta orang ramai yang mengenali pelaku tersebut untuk menghubunginya di talian 012-6301512 bagi menyelesaikan masalah itu dengan baik.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 29.1K tanda suka, 2132 komen dan 1219 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing terhadap isu tersebut, ada yang menyalahkan owner myvi tersebut kerana double park kereta orang lain sehingga menyukarkan kereta lain untuk bergerak keluar.
Dalam masa yang sama ada juga yang kecewa dengan tindakan wanita tersebut kerana lelaki itu telah pun meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi malah wanita itu tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut dan dikira menganiaya.
Berikut merupakan komen warga maya:
“pada awalnya tuan Myvi berslah bawah kesalahan jalan raya, lepastu perempuan tu bersalah kerana khianat harta orang awam.. dua2 kena..”
“walaupun kereta myvi tu salah, tapi tak boleh rosakkan harta orang”
“hidup jangan menyusahkan orang.. jangan sebab kesenangan kau, orang lain susah”
“dia buat macam tu, dapat keluar ke?”