Seorang aktivis Rohingya yang dikenali sebagai Zafar Ahmad Abdul Ghani, yang meninggalkan Myanmar dan telah memilih negara Malaysia sebagai destinasinya.
Zafar nekad meninggalkan Myammar oleh kerana penganiayaan dan penghapusan etnik di sana.
Menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri
Malah menurutnya yang telah pun menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri selepas hampir tiga puluh tahun menetap di sini.
Namun begitu, Zafar merasakan dirinya diibaratkan seperti keluar dari mulut harimau dan masuk ke dalam mulut buaya.
Dakwaan palsu Zafar tuntut kerakyatan Malaysia di media sosial
Ini kerana Zafar dikatakan sudah tidak menetap di rumahnya yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur .
Hampir setahun episod duka itu berlalu selepas dakwaan palsu mengenainya berikutan dakwaan Zafar mahu menuntut kerakyatan Malaysia tular di media sosial.
Saya takut, sudah setahun tak jejak kaki ke luar
Ekoran dari peristiwa itu, Zafar sering menerima pelbagai ugutan dan kata-kata kesat bukan saja dirinya malah keluarga turut terpalit sama.
“Saya masih takut. Selama setahun saya tak jejak kaki ke luar. Saya tak tengok dunia luar.”
Rohingya refugee and activist Zafar Ahmad Abdul Ghani cries during a prayer at his home in Kuala Lumpur, Malaysia March 19, 2021. Picture taken March 19, 2021. REUTERS/Lim Huey Teng
Zafar menafikan mengenai tuntutan hak sebagai rakyat Malaysia
Meskipun laporan polis telah dibuat mengenai tuduhan palsu yang dilemparkan ke atasnya serta serangan dalam talian, tapi sehingga kini tiada berita mengenai perkara tersebut.
Memetik laporan Malay Mail, lelaki ini juga menafikan yang dia pernah meminta untuk menjadi rakyat Malaysia atau mempunyai hak seperti rakyat Malaysia.
Keluarga turut terkesan
Menurut Zafar, semua ini bermula bila orang ramai mula mengatakan Rohingya semakin ramai menetap di Malaysia dan menyebabkan penyebaran virus Covid-19.
Sehingga kini, Zafar masih menerima panggilan dan mesej berbaur ugutan dan kebencian melalui telefon dan media sosial malah gambar keluarganya juga turut ditularkan.
Anak-anak sudah lama tidak ke sekolah
Malah, isteri Zafar yang merupakan orang Malaysia, Maslina Abu Hassan berkata, kejadian tersebut telah memberikan impak yang besar ke atas keluarganya.
Anak-anak mereka juga dah lama tidak ke sekolah kerana bimbang dengan keselamatan mereka.
Zafar telah meminta untuk berpindah ke negara lain tetapi ditolak
Zafar juga telah didiagnos mengalami tekanan dan perlu mengambil ubat bagi menangani keadaan mentalnya itu.
Menurut Zafar, dia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) turut memohon untuk berpindah ke negara lain.
Tidak berasa selamat untuk tinggal di Malaysia
Akan tetapi permohonannya telah ditolak selepas agensi tersebut mengatakan yang dia tak memenuhi kriteria penempatan semula.
Zafar berharap UNHCR dapat mempertimbangkan semula permintaannya itu kerana dia dah rasa tak selamat untuk tinggal di Malaysia.
Kenapa orang buat saya macam ini
“Saya tak boleh tenangkan badan saya, otak saya, hati saya. Saya menangis bertanya kenapa orang buat saya macam ni.”
Terdahulu, isu mengenai Zafar telah tular di media sosial dan turut mendapat perhatian ramai.