Syamsul Yusof merupakan seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi dalam industri di negara ini.
Terbaru, pelakon ini memuat naik satu posting di laman Instagram menyatakan rasa keliru berhubung amal ibadat bersedekah pada masa kini.
Perlukah seseorang itu mempertontonkan amalan di media sosial
Beliau turut mempersoalkan mengenai adakah seseorang itu perlu mempertontonkan amalannya di media sosial.
Namun begitu, beliau turut menyatakan beliau tidak menghakimi sesiapa sebaliknya bimbang andai niat ikhlas itu hilang apabila amal dipertontonkan.
Zaman ini, aku keliru
“Awak tak sedekah apa-apa ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?”.
Ujarnya, beliau keliru mengenai amal sedekah jariah yang dikongis di media sosial dan apakah perlu mempertontonkan sedekah.
“Zaman ini, aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai dan tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amal sedekah jariahnya?”.
Tidak menghakimi sesiapa hanya rasa khuatir
Menurut beliau lagi, beliau tidak berniat untuk menghakimi sesiapan hanya ingin meluahkan rasa khuatir.
“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa tulis beliau”.
“Malah ada juga yang beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya”tulis beliau lagi.
Media sosial telah menjadi kayu ukur
Selain itu, beliau juga berpendapat media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang pada mata manusia.
“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia”.
“Tahniah iblis. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia”.
Lalu menerusi ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata dari komen turut memberikan pandangan mereka.
Semoga semua orang dapat menerima pendapat dan pandangan setiap orang dengan hati yang terbuka.