Satu perkongsian di Twitter telah menjadi tular apabila ia melibatkan seorang Instafamous yang didakwa sebenarnya belum bernikah.
Menerusi perkongsian di Twitter milik Zaraaaa, Instafamous tersebut dikatakan sebenarnya masih belum berkahwin dengan pasangannya itu.
Instafamous tersebut dilihat selalu memuat naik gambar mesra bersama pasangannya tetapi warga twitter ini mengatakan mereka sebenarnya tiada hubungan yang sah.
Malah, menurutnya wanita tersebut menggunakan sijil nikah yang di google sebelum di ‘edit’ bagi meyakinkan orang ramai.
Walaubagaimanapun, menerusi stories di Instagram, gadis ini mendakwa kisah viral ini hanyalah mahu menjatuhkan reputasinya.
Dia mendakwa ibu dan adiknya di belakang semua ini yang mahu menjatuhkannya.
Malah, menerusi insta story miliknya, dia memberitahu ibunya mata duitan dan tidak suka pasangannya yang miskin.
Dia juga menceritakan bagaimana layanan yang teruk sejak kecil oleh ibu terhadap dirinya itu.
Lebih mengejutkan, wanita ini membuat pengakuan di mana dia pernah tidur bersama pasangannya sebelum mereka bernikah lagi.
“Yes, aku penh tido dgn laki aku sblum nikah.”
Dia juga sempat memberitahu adiknya yang menjadi kesayangan ibunya itu juga pernah tidur bersama teman lelakinya.
“Mak aku pun tau jgk dia prnh tido dgn bf dia tuh”
Semoga pada bulan baik ini, isu ini dapat diselesaikan dengan baik di antara mereka anak beranak.