Connect with us

Viral

“Aku rela mati..” Suhaimi Saad Tolak Vaksin COVID-19

Pada Februari yang lepas, vaksin Covid-19 telah tiba di Malaysia dan ketika ini pembahagian vaksin sedang dilakukan secara berperingkat.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di barisan hadapan negara yang merupakan golongan paling berisiko dijangkiti pandemik berkenaan.

Suhaimi Saad tetap pendiriannya menolak vaksin Covid-19

Namun begitu, ada segelintir masyarakat kita masih tidak mahu mendaftarkan diri untuk mengambil vaksin yang akan diberikan kepada rakyat secara berperingkat.

Salah seorangnya adalah bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad yang tetap dengan pendiriannya menolak vaksin COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Bekas penyanyi nasyid ini dikatakan ada hujahnya yang tersendiri

Meskipun pengambilan vaksin telah disarankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Walaubagaimanapun, Suhaimi tidak mengecam mana-mana ulama yang pro vaksin dan tampil dengan hujahnya tersendiri.

Aku tak kecam ulama atau mufti

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujjah orang, itu tidak akan semudah mudahnya mengubah pendirian aku. Sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran.”

“Dalam Al Quran, Allah kata, kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni,nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Tak perlu hasut dan tak perlu paksa

“Aku juga ada pegangan dari hadis sohih. Tinggalkan apa yang meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu.”

“So,fair, tak perlu hasut dan tak perlu paksa. Apa pun dalil dan hujjah manusia,
kalau kita ragu, tinggalkan itu lebih baik.”

Lidah boleh menipu tapi hati takkan pernah berbohong

“Lidah boleh menipu, tapi hati takkan pernah berbohong. Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob.”

“Islam adalah agama Allah. Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun untuk jaga agama Dia.”

Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin

“Kalau semua orang dalam dunia ni sihat dengan dengan vaksin tu pun,itu tak akan menambah atau mengurangi apa apa pun di sisi Allah.”

“Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin, dah berapa banyak vaksin yang mereka buat, tak menyumbuhkan pun. Malah makin banyak pula penyakit baru.”

Aku rela mati berbanding biarkan agama dihina

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh bodohkan oleh musuh islam.”

“Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah.”

Suhaimi dan keluarga dikatakan tidak mengambil sebarang ubat ubatan

Difahamkan, selain menolak vaksin, Suhaimi dan keluarganya juga turut tidak mengambil sebarang ubat ubatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengutarakan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan.

Suhaimi tidak menghantar anaknya ke sekolah

Selain itu, Suhaimi juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan dia serta isteri mendidik sendiri anak-anaknya di rumah secara home schooling.

Bekas penyanyi nasyid ini berkahwin dengan Ina Naim pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.