Kebelakangan ni nama Syamsul Yusof menjadi bualan hangat kerana ada desas desus mengatakan dia mempunyai hubungan hangat dengan seorang wanita yang dikenali 4 tahun lalu iaitu Ira Kazar.
Walaupun ada khabar mengatakan suami kepada Puteri Sarah Liyana itu ingin mengahwini Ira Kazar, namun ayah kepada Syamsul Yusof iaitu Yusof Haslam berharap ianya tidak benar sama sekali.
Pun begitu, baru-baru pelakon dan juga pengarah ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila ‘sound’ sebuah media yang dianggap biadap kepadanya.
Seperti yang kita tahu, malam tadi telah berlangsungnya tayangan perdana filem epik Mat Kilau hasil buah tangan terbaharu Syamsul Yusof yang sememang dinanti-nantikan ramai sekian lama.
Namun, ‘kemunculan’ Mat Kilau sedikit tercalar akibat ketiadaan pengarahnya untuk ditemu bual.
Berbicara dengan adiknya, Shamin Yusof yang ditemui media, difahamkan ketiadaan Syamsul adalah disebabkan sutradara berkenaan dijangkiti demam panas.
“Ikutkan dia nak sangat datang malam ni, tetapi terkena demam panas.
“Jadi saya nasihatkan dia supaya berehat saja di rumah, bagaimanapun dia berusaha untuk datang,” jelasnya yang ditemu bual sebelum tayangan bermula.
Susulan perkara itu, Syamsul Yusof berang dengan sesetengah pihak yang cuba ‘cari pasal’ dengannya malah meluahkan ketidakpuasan hatinya di laman Instagram.
“Nak aku dtg ofis m***r cari sapa penulis ni ke SEMBUR depan muka? Ni barang tak main dlm media. Cabar aku, aku sampai aku cari. Silap org kau cari gaduh wahai wartawan si*l.” ujarnya
“Nila dia..kita tak cari masalah ngan org,org cari masalah dgn kita.Bila sampai masa kita balas, kita pulak yg dikata salah. tahler jang…ko tunggu jela”
Diruangan komen, netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut. Berikut merupakan perkongsian yang tular: