Connect with us

Semasa

“Aku tak nak buat tapi bos aku suruh” Perompak Beritahu Adiknya Dalam Bahaya

Kes rompakan bank di Air Tawar semalam masih menjadi tanda tanya dan perbualan hangat di media sosial.

Bos aku suruh

Saksi kejadian turut menceritakan situasi yang berlaku dan terdapat 6 orang pelanggan berada di dalam bank ketika itu.

“Perompak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh’. Dia beritahu terpaksa kerana adiknya akan mati jika dia tidak dapat duit,” kata Mardiah Mat Ripi, 26, menceritakan tragedi dia menjadi tebusan rompakan bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi semalam.

Perompak mahukan duit untuk selamatkan adik

Menurutnya, dalam keadaan panik dan takut itu dia mendengar dengan jelas apa diperkatakan perompak berkenaan yang mahukan wang untuk ‘menyelamatkan’ adiknya.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat perompak terbabit ketika ditanya pelanggan bank yang terperangkap bersama dengannya.

“Ada pelanggan tanya, kenapa buat macam ini untuk menenangkan keadaan” lapor Harian Metro.

Kalau tak dapat duit adik aku mati

“Perompak itu cakap ‘aku tak nak buat benda ini tapi aku terpaksa adik aku ada pada dia (bos). Kalau tak dapat duit adik aku mati’ kata perompak itu”.

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya menjadi tebusan. Nyawa saya ibarat berada di hujung sabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sabit penuh di leher saya

Saksi bernama Mardiah turut bercerita, dia ke bank menemani ibunya, Ratnah Ahab, 56, dan sebelum kejadian, dia bersandar di dinding, menunggu ibunya selesai berurusan.

“Saya memang terbayang-bayang insiden itu, masa sangat pantas, rasa takut sangat. Memang nyawa dekat hujung sabit”.

“Saya hendak lari ke kiri tidak boleh, ke kanan tidak boleh, nak ke bawah pun tak boleh sebab sabit memang penuh diletakkan di leher saya”.

Ibu merayu saya tidak dicederakan

“Cuma ingat pegawai bank cakap dengan perompak itu sabar encik jangan apa-apakan budak”.

“Rasa memang lama sabit berada di leher. Ibu juga merayu saya tidak dicederakan,” katanya.

Menurutnya, perompak itu juga cuba menjadikan ibunya tebusan dan menolaknya tetapi Ratnah yang sakit kaki, terjatuh.

Sejarah hitam dalam hidup

Ujarnya lagi, ibunya dipaksa berdiri dan ketika perompak itu tunduk untuk bangunkan ibunya, dia ditembak pengawal keselamatan.

“Kejadian ini memang mimpi ngeri, sejarah hitam dalam hidup. Selalu tengok dalam drama sahaja kejadian seperti ini”.

“Tak sangka terjadi pada diri sendiri apatah lagi saya sudah bayangkan akan mati dibunuh,” katanya yang bersyukur Allah SWT menyelamatkannya dan ibunya.

Tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan keadaan dan semoga semua mangsa kejadian pulih dari trauma.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.