Connect with us

Siri TV

“Kenapa Pian mati?!” Netizen Persoal Penamat ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Ada Sambungan?

Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021

Sudah ke udara selama 15 episod dramaarahan sutradara Shuhaimi Lua ini telah melabuhkan tirainya semalam.

Menampilkan plot cerita yang sangat menarik lebih-lebih lagi ‘mengetengahkan’ isu pemakaian susuk, rata-rata netizen mendakwa episod akhir drama ini tidak memberi kepuasan kepada mereka.

Malah, mereka berharap akan ada episod sambungan selepas ini.

Dalam episod semalam, Laila (Sharifah Sakinah) dipercayai telah mengandungkan anak Eizlan (Adi Putra).

Oleh kerana masih cinta dan sayang terhadap Eizlan, Laila sanggup mengikut arahan Embun (Lana Nodin) untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Menurut Embun, Laila bakal mendapatkan Eizlan semula sekiranya dia tidak hamil. Namun siapa sangka, nasihat tersebut telah mengundang padah buat Laila.

Ini kerana, dia telah meninggal dunia selepas melakukan proses keguguran tersebut.

Embun juga cuba untuk membnuh Raihani (Nadia Brian). Dia telah menghantar gangguan makhluk halus supaya Raihani meninggal dunia.

Semasa Raihani dirasuk, Pian (Atiq Azman) dan Eizlan cuba untuk membantu dan menyelamatkannya.

Namun begitu, Raihani telah membnuh Pian dalam keadaan tidak sedar. Walaupun kesudahan drama tersebut menunjukkan Raihani bahagia bersama Eizlan dan anak-anak, netizen menganggap plot drama tersebut seharusnya mempunyai kesinambungan yang lebih menarik.

Mereka turut berharap drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini akan ada bahagian kedua pula.

“Kenapa ending menyakitkan hati?”

“Tolonglah bagitahu drama ini ada lagi sambungan dia.”

“Kenapa Pian pula yang mati? Boleh pula Raihani hidup bahagia?”

Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan perasaan sakit hati sebaik sahaja melihat episod akhir drama tersebut.

Ujar netizen, mereka berharap watak Laila dan Pian dapat dihidupkan semula sekiranya drama ini mempunyai bahagian kedua.

Drama ini mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam.

Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah.

Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.