Connect with us

Selebriti

Akui Dunia Glamour Tak Seronok, Elfaeza Ul Haq Kongsi Kisah Penghijrahan Buat Netizen Kagum

Tahun ini kita boleh saksikan ramai artis-artis wanita yang mula mengenakan hijab dan melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

Boleh dikatakan, penampilan dan kisah selebriti itu juga membuatkan ramai kagum malah ada yang turut menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam kehidupan.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq ini apabila berkongsikan tentang kehidupan glamour yang pernah dirasainya suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian yang dimuat baik oleh @teddybear_purple ini, memaparkan Elfaeza Ul Haq, bekas pelakon Diana Amir serta pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun yang sedang berbual mengenai perkara tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Ustazah Asma’ Harun telah bertanyakan soalan adakah mereka seronok menjalani zaman glamour sebagai seorang selebriti yang dilihat sangat indah dan mengasyikkan.

Bagaimanapun, Elfaeza dan Diana menolak kenyataan berkenaan dan mengatakan dunia glamour sebenarnya adalah ‘indah khabar dari rupa’ namun kerana minat kepada lakonan itu lah membuatkan mereka pernah berada di industri.

Malah Elfaeza yang juga terkenal menerusi drama Adam & Hawa turut menyifatkan bersiap sebelum berada di kaca TV adalah perkara yang paling ‘serabut.

“Minat hanya pada berlakon, benda lain tak suka langsung… benda itu tak pernah indah. Bagi saya, serabut bila pergi event tu kena bersiap tak best. Kena interview untuk TV pun tak best, gosip lagi tak best…Alhamdulillah, tak ada la gosip sangat. Yang kita suka buat tu adalah berlakon saja…” katanya.


Dalam pada itu, Ustazah Asma juga memberitahu segelintir generasi muda kini melihat dunia hiburan seolah-olah penuh kemewahan dan kemasyhuran kerana sanggup melalukan apa sahaja untuk popular.

“Bagus respon diorang ini, memang nampak jujur … Insya-Allah memang jujur. Lagi-lagi orang muda tengok ‘bestnya jadi artis, glamour, semua hidup mewah. Lepas tu, orang semua nak masyhur. Jadi, ujian nak masyhur ini menjadi amat dahsyat akhir zaman ini…”

“Bila masing-masing buat apa saja untuk glamour. Jadi kamu berdua kata tak seronok, rupa-rupanya Allah jadikan orang Islam, muslim bila buat sesuatu bertentangan syariat, Allah tarik rasa seronok tu. Dia seronok macam luaran saja tapi hati tak tenang, rasa gelisah dan serabut,” ujar Ustazah.

Tambah Elfaeza lagi, dia menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain mencari nafkah buat keluarga dengan memaksa diri sendiri untuk melakukan kerja yang tidak disukainya seperti membuat promosi dan sebagainya.

“Buat sebab niat untuk cari nafkah keluarga saja. Minat berlakon dan menghiburkan orang dengan bakat yang diturunkan Allah. Tapi contoh kalau nak pergi promosi atau photoshoot, macam satu beban yang terpaksa dilakukan atas mendapat kerja lain…”

“Bila nak lakukan sesuatu untuk promosi, rasa macam terpaksa. Sama juga buat kerja lain, tapi ada bahagian kerja yang kita tak suka tapi kena buat sebab dah kerja…” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan teruja apabila melihat bekas pelakon Elfaeza dan Diana Amir yang masih istiqamah dalam penghijrahan.

Bukan itu sahaja, ada yang turut mendoakan agar kedua-dua figura ini sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Antara komen warga maya:

“alhamdulillah patut lama tak nampak elfa…minat sangat ngan elfa..”


“suka tengok el berlakon…alhamdulillah dah berhijrah…”


“look how they both geleng kepala at the same time…MasyaAllah semoga Allah jaga keduanya…”

“masyaAllah…tatau elfa dah berhijrah sampai macam ni…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@teddybear_purple #artishijrah #dianaamir #elfaezaulhaq #hijrahartis #hijrah #temubual #ustazahasmaharun #uah #kotamadinah #madinahalmunawaroh #redhaallah #penghijrahan #artismalaysia #artissingapore ♬ Nur Tuhan – Hijjaz

Continue Reading
Advertisement