Connect with us

Selebriti

Akui Seorang Ibu Yang Tegas, Fasha Sandha Manjakan Anak Dengan Perkataan ‘I Love You’ Setiap Hari

Menjadi seorang selebriti serta bergelar ibu dan isteri bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon terkenal Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ini yang telah berkongsikan momen manis bersama anak-anaknya.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, memaparkan dia sedang berpelukan dan memberi ciuman kepada dua orang anaknya Rayfal dan Raysha itu telah mencuri perhatian ramai.

Menurutnya, Fasha mengakui dia seorang ibu yang tegas. Namun selebriti ini menjelaskan mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan kasih sayang kepada tiga cahaya matanya seperti mengucapkan ‘i love you’ setiap hari lebih dari tiga kali.

“Melayani anak-anak yang bermacam-macam ragam. Saya seorang ibu yang tegas tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat ‘I love you’ pada setiap anak. Lebih daripada tiga kali setiap hari, tapi kalau salah tetap akan kena juga…”

“Siapa macam saya? Kita geng okay…” tulisnya di ruangan kapsyen.



Meninjau di ruangan komen, rakan dan warganet turut bersetuju dengan pendapat Fasha Sadha yang sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya seperti mengucapkan perkataan ‘i love you’ setiap hari.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah memberikan pandangan masing-masing sebagai ibu bapa yang juga melayan pelbagai ragam anak-anak kecil mereka.

Antara komen rakan artis dan warga maya:

“Semestinya garang bertegas. Manja tu semestinya… Anak-anak ni terapi minda. Sebut pasal anak-anak ni. Saya jadi sedih sangat-sangat. Mungkin sebab saya membesar tanpa di manjakan.. hanya dgn tegas tapi tiada pergaulan ibu bpa. Saya taknak anak-anak saya rasa macam saya rasa…”

“kita geng..”

“sama..ibu like lion tapi tetap manja sampai anak-anak pape nak ibu..”


“sama…paling garang..tapi anak 3 tetap peluk..mommy gi jauh terus nangis, flight tak take off pun lagi..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Continue Reading
Advertisement