Akhirnya setelah beberapa hari terkait isu yang melibatkan dirinya dan beberapa individu lain, penyanyi rap, Caprice tampil membuat permohonan maaf.
Menerusi satu hantaran terbaru di laman sosial Instagram miliknya, Caprice telah memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan juga pendakwah bebas Ebit Lew.
Di dalam hantaran tersebut Caprice mengakui terlalu beremosi dan semua yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan dirinya.
“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia.
“Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain. Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.
“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe2 jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal.
“I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission. And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah.
“I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance.
“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety.
“I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud.
“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine.
“I am sorry. Salam.”
Terdahulu, kita digemparkan dengan pendedahan aktivis kemanusiaan, Caprice yang mendakwa Ebit dan pasukannya telah memburukkan imej negara ketika sebulan berada di Gaza, Palestin untuk membantu rakyat negara itu.
BACA: “Cap..cap.. Hancur future sebab kebodohan kau..” – Nabila Huda
Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 muat naik di Instagram Stories.
Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya.
Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.
Dsiebabkan oleh pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Caprice, pembantu Ustaz Ebit berasa terpanggil untuk menceritakan cerita daripada pihak mereka.
Arief Farhan turut menafikan mesej Caprice pada Datuk Seri Hishamuddin yang mengatakan bahawa Ustaz Ebit melutut dan mencium kaki Menteri Gaza.
‘Pendedahan’ oleh Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong pendakwah yang disegani semua golongan di Malaysia.