Siapa sahaja yang tidak menginginkan kehidupan bahagia selepas berkahwin bukan? Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan kehidupan yang bahagia dan tenang bersama dengan keluarga mereka.
Walau bagaimanapun, kadang kala dengki menguasai diri manusia.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok mengenai perkahwinannya yang goyah akibat ‘dibuat’ orang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun @tehhoobeng itu, kelihatan perakam iaitu wanita tersebut sedang berada di hadapan sebuah pejabat agama Islam yang terletak di Pasir Mas, Kelantan bagi melanjutkan proses penceraian mereka berdua.
“Orang lain bercerai sebab tak bahagia.. Tapi aku, terlampau bahagia.
“Suami terlalu baik.. Terlalu bahagia sampai orang cemburu dan hantar sihir pemisah,” tulisnya di dalam video yang tular tersebut.
Selain itu, wanita tersebut turut berkongsikan kisahnya itu di dalam video lain dan menyatakan bahawa dia telah berkahwin selama sembilan tahun bersama suaminya itu.
Namun begitu, mereka melalui pelbagai penderitaan disebabkan menjadi mangsa perbuatan sihir itu.
“Sakit badan aku angkara jin, syaitan yang bermaharajalela di badan. Tapi sakit lagi di hati ini bila terpaksa bercerai dan berpisah dengan orang yang kita sangat-sangat sayang.
“Susah dan senang, perit jerih hidup dari susah dulu hanya makan nasi berlaukkan bilis, aku bisa bertahan di sisinya sehingga dia senang.
“Tapi angkara sihir, aku mengalah. Hancur jua rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun,” terang wanita itu.
Berdasarkan kenyataan wanita tersebut, dia juga pernah melakukan pelbagai ikhtiar bagi mengubati sihir trsebut akan tetapi semuanya seperti tiada jalan penyelesaian.
Wanita itu juga berpesan kepada orang lain agar tidak menonjolkan kebahagiaan mereka kepada orang lain kerana tidak mahu ramai lagi yang menjadi mangsa sihir seperti dirinya.
“Bila ramai tanya, tak berubat ke? Dah berubat banyak kali. Sampai rasa penat mental, penat tenaga, jadi down, tekanan perasaan, macam-macam lagi.
“Akhirnya give up dan memilih untuk berpisah. Bahagia kita jangan ditunjuk, bahaya. Kalau kita bahagia, belum tentu orang lain senang hati tengok.
“Kalau kita derita, ramai yang tepuk tangan gembira. Ku serahkan semuanya pada pertolongan Allah. Tiada yang lebih berkuasa selain Allah yang satu,” luah wanita tersebut.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa dirinya itu dan menitipkan doa buatnya agar terus tabah dan menemui kebahagiaannya semula suatu hari nanti.
Antara komen netizen:
“innalilahiwainailahirojiun… semoga setiap penderitaan diganti ganjaran yg lebih baik InshaAllah ❣️”
“sy doa kn semoga Allah mmberi kehidupn yg lbih baik utk sis..selps ini..inshaAllah aamiin”
Video TikTok yang tular: