Tempat pelancongan atau tempat tumpuan umum sudah pasti sesak dengan orang ramai. Ada yang berkunjung dengan rakan-rakan bahkan ada juga yang datang dengan keluarga dan anak kecil.
Malah, terdapat juga pelancong yang berasal dari negara lain datang ke Malaysia untuk berkunjung ke sesuatu tempat yang menarik.
Sebab itulah, ibu bapa sering diingatkan agar memberikan perhatian lebih pada anak dan memantau gerak geri mereka sewaktu berada di tempat yang sesak dengan pengunjung.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi sebuah situasi panik ketika dia dan kenalan yang membawa anak-anak kecil berada di Genting Highland mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @alfitry_azmi52, salah seorang kanak-kanak yang berada dalam kumpulan mereka hampir ditarik dan disorok masuk ke dalam sari oleh dua orang wanita mencurigakan.
Difahamkan, dari awal mereka sememangnya sudah mula curiga dengan kelakukan dua orang wanita tersebut yang turut dipercayai bukan warganegara Malaysia.
Ketika mereka sedang bermain permainan disana, kenalan mereka yang pada ketika itu sedang memegang seorang budak kecil dikerumuni oleh individu terbabit.
Risau dengan keadaan tersebut, mereka bergegas mendapatkan bantuan pihak polis dan membawa kedua orang wanita itu ke ruangan keselamatan.
Siapa sangka, wanita tersebut memberikan alasan bahawa dia rindukan anak-anaknya dinegara asal dan hanya ingin memegang kanak-kanak tersebut.
Oleh kerana video tersebut tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, lelaki ini tampil memaklumkan bahawa perkongsiannya itu sama sekali tidak membuat sebarang tuduhan dan jauh sekali untuk memburukkan orang lain.
Malah, dia akui hanya ingin memberi peringatan kepada ibu bapa dan juga penjaga agar lebih berhati-hati dan tidak leka ketika membawa anak-anak ke tempat yang sesak dengan orang ramai.
Antara komen warga maya:
“Bagus bang.. 1 dalam seribu yang punya sifat sensitif macam abang..”
“Dorang memang pakai telekung tak silap tiga family.. saya kena dekat first world hotel”
“Info yang sangat berguna sebab terkadang parents terlalai..”
“Bahaya betul sekarang ni..”
Video yang tular di laman TikTok: