Connect with us

#MalaysiaBaru

“Alhamdulillah..aku rindu” Tunang Allahyarham Adib Luah Rasa Syukur

Isu berkenaan anggota bomba yang terkorban, Allahyarham Adib pastinya menjadi tumpuan rakyat Malaysia hari ini.

Dengan keputusan inkues yang menyatakan Adib telah meninggal dunia disebabkan oleh jenayah, seluruh keluarga Allahyarham menyatakan rasa syukur.

Tidak ketinggalan, tunang kepada Allahyaraham iaitu Nurul Najihah turut meluahkan rasa syukurnya dengan keputusan inkues ini.

BACA: “Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib.” – Tunang Bomba

Menerusi laman Facebook miliknya, Najihah mengucapkan Alhamdulillah dengan tanda pagar #akurindu yang ditujukan buat Allahyarham.

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan mendoakan semoga mereka yang bersalah akan segera di bawa ke muka pengadilan.

Semoga keadilan buat arwah

Semoga semuanya dipermudahkan

Pagi tadi Nurul Najihah dilihat keluar dari mahkamah dalam keadaan menangis sambil dipimpin oleh seorang wanita.

Najihah yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 8.45 pagi dan ia merupakan kali pertama dia hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kes Allahyarham Adib.

Mahkamah Koroner pada hari ini telah memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali, lapor Astro Awani.

Hakim Koroner Rofiah Mohammad yang mengumumkan keputusan itu sebentar tadi berkata ia dibuat setelah meneliti keterangan saksi yang selari dengan kejadian.

“Kita buat keputusan setelah ambil kira keterangan saksi dan setelah meneliti keterangan saksi kes ini jelas melibatkan jenayah,” kata Rofiah.

Semoga dengan keputusan ini, mereka yang bersalah akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

Filem Sangkar raih kutipan melebihi RM10.3 juta?

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.