Sebelum ini kami ada melaporkan tentang adik Icha yang menjalani pembedahan bagi penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher.
Semalam,adik Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan, dimaklumkan telah selamat menjalani pembedahan, lapor HMetro.
BACA: Icha Akan Dibedah Esok, Ibu Mohon Doa Semua
Tiada komplikasi
Icha mula dibedah pada jam 10 pagi semalam, tanpa berlaku sebarang komplikasi dan tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah pembedahan Icha hari ini berjalan lancar dan anak kesayangannya kami tidak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana pernafasannya dalam keadaan baik.” kata ibunya, Nur Atekah Mohd Yusof.
Nur Atekah turut menzahirkan rasa syukur kerana dengan berkat sumbangan dan doa orang ramai, pembedahan Icha berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan serta menyumbang untuk Icha dan berkat doa ramai semuanya dipermudahkan,”
Mula dibedah jam 10 pagi
Menurut Nur Atekah, Icha mula dibedah pada jam 10 pagi di Hospital Kuala Lumpur dan kini dia berada dalam keadaan baik.
“Icha mula dibedah pada 10 pagi dan kini dia berada dalam keadaan baik namun masih separuh sedar dan batuk serta muntah-muntah kerana kesan bius.”
Tambahnya, sebaik sedar Icha meminta tiub pada lehernya dibuka dan mengadu sakit.
“Sebaik sedar dia memanggil ‘ayah dan ibu’ serta mengadu sakit dan menangis minta dibuka tiub pada lehernya,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pemantauan rapi
Walaubagaimanapun, Nur Atekah bersyukur pembedahan itu berjalan lancar dan pasukan perubatan dapat membuang semua cecair di leher anaknya itu.
“Icha kini dalam pemantauan rapi doktor dan fokus kami sekarang mahu Icha pulih sepenuhnya,” katanya.
Kami doakan adik Icha semoga cepat sembuh dan dapat bermain ceria seperti kanak-kanak yang lain.