Julia Bob Fauzi Ziegler atau lebih dikenali Julia Ziegler telah berkongsi berita gembira itu menerusi satu status yang dimuat naik di IG Stories miliknya.
Bintang filem Jangan Tegur ini juga telah memaklumkan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.58 kilogram.
Bayi selamat dilahirkan pada 07.07.2020
“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35 pm on 07.07.2020,” tulis pemilik nama lengkap Julia Bob Fauzi Ziegler itu.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Julia yang juga seorang pelakon dan model telah memuat naik sekeping foto sebelum melahirkan.
Sebagai rekod, pelakon berusia 36 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Ivana Johan pula kini sudah pun mencecah usia 1 tahun 6 bulan.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada pelakon ini serta mendoakan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.