Alif Satar memang sudah lama terkenal sebagai artis Malaysia serba boleh dan versatile. Beliau boleh menyanyi, menjadi hero drama, mengacara majlis hebat dan yang terbaru? Alif berjaya menamatkan cabaran Ironman di Langkawi!
Selebriti yang baru berusia 28 tahun, yang popular dengan lagu ‘Sesungguhnya Aku’ itu, berjaya mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu dimana Alif telah;
1. Berenang sejauh 1.6km,
2. Berbasikal 90km dan
3. Berlari sejauh 21.1 km.
https://www.instagram.com/p/BqRZpwgFVVG/?utm_source=ig_web_copy_link
“Ini benda yang sangat susah. Walaupun hanya separuh triathlon ia tetap sukar dan saya tidak percaya boleh habiskan dengan catatan masa yang agak baik ini,” katanya.
Alif berjaya menduduki tempat ke-446 keseluruhan dari 946 peserta yang bertanding dalam acara itu.
Foto: Instagram Alif Satar
“Saya tidak menghadapi kesukaran dalam displin renang kerana itu kekuatan saya tetapi basikal dan larian sangat mencabar apabila otot saya mulai kejang dan minda saya meminta saya berhenti,” katanya.
Alif berkata keluarganya telah menjadi pendorong utama buat dirinya untuk menghabiskan perlumbaan dan ia bakal menjadi kenangan dan pencapaian peribadi terbaik buat dirinya.
Foto: Astro Arena
Menurutnya, pengalaman yang dilaluinya dalam perlumbaan ini sesuatu yang berharga untuk terus memperbaiki dirinya.
Ketika menjawab pertanyaan jika beliau berasa serik selepas pengalaman yang dilaluinya, ini jawapan Aliff.
“Serik? Tidak. InsyaAllah saya akan mencuba untuk melakukan yang lebih baik lagi tahun hadapan,”
[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Bernama[/su_note]