Connect with us

Selebriti

“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas,” Siti Elizad Keguguran

Selebriti popular, Siti Elizad mendedahkan dia hanay sempat merasai nikmat menjadi ibu sementara saja sebelum alami keguguran.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.

“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh “RASA“ itu.

“Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding .

“Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana. Terduduk seketika.

“Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey.”

Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Elizad pernah berkongsi mengenai sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya pada 21 Oktober lepas.

Menurut perkongsian Elizad di Instagram, dia menjalani sesi pengumpulan telur atau ‘egg pick up’.

“Salam dan selamat pagi kesayangan semua, pagi ini ‘egg pick up’ bersama Dr Azlin & team @sophea_fertility.

“Nervous bukan main dengan rasa lapar puasa dari malam tadi, harap-harap ‘telur’ keluar semua yang baik-baik dan cantik-cantik,” tulisnya.

Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman sejak tahun 2015 dan kini masih menantikan cahaya mata sulung mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.