PU Amin telah berkongsi khabar gembira hari ini apabila beliau menimang cahaya mata yang ketiga.
Puterinya itu telah selamat dilahirkan jam 5 pagi tadi di sebuah hospital. Berikut adalah perkongsian PU Amin.
______
Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh ( Ceramah di sana ) jam 1 pagi , kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut , jam 4 pagi di Hospital .
Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi..
Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami..
Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan..
Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung..
Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat . Percayalah pasti ada..
Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar.