Connect with us

Semasa

“Allahu kalau saya buat Macau Scam dah lama saya lari,” Alyaa Syuhaila Nafi Tuduhan

Beberapa hari lepas, sejak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam dan perjudian online, ramai netizen yang menerjah akaun media sosial individu berkenaan dan salah satunya ialah akaun Instagram Alyaa Syuhaila.

Menerusi laman Instagram, Alyaa telah memuat naik beberapa kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut menegur tindakan netizen yang melemparkan kata-kata kesat di ruangan komen termasuk menghantar mesej (DM) kepadanya.

“Allahu, kalau saya menipu, buat Macau Scam, dah lama saya lari dan deactivate account ni. Untuk apa saya masih dekat laman sosial ini? Untuk dimaki hamun?

“Sebab kami tak buat Macau Scam tipu duit orang-orang tua atau siapa yang kena Macau Scam ni. Kalau dah ada bukti dan kami buat scam, saya rela dimaki hamun.

“Saya doakan netizen yang maki hamun saya, semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. Amin..” tulis Alyaa di Instastorynya.

Sebelum ini, akaun Instagram Alyaa difahamkan boleh dilayari oleh mana-mana pihak namun akaunnya itu kini hanya dibuka kepada followers sahaja.

Alyaa melalui kenyataannya di Instastory turut menjelaskan dia dan suaminya telah difitnah di mana ada pihak yang memetik nama suaminya itu.

“Macau Scam je, kami dituduh. Orang buat panggilan palsu, siap boleh borak-borak petik nama Eddy Kana. Kami dituduh. Banduan lari pun kami dituduh. Lepas ni fitnah apa lagi?”

Dalam masa yang sama, Alyaa turut menyelar tindakan segelintir individu yang mengambil kesempatan untuk membuat akaun baharu menggunakan nama dan gambarnya bagi meraih followers.

“Ramai sangat buat fake account, semua ambil kesempatan cari followers atas kesengsaraan orang lain. Up semua gambar family saya untuk dimaki hamun.

“Kes masih dalam siasatan, jangan terus menghukum tanpa bukti. Sekarang banyak media buat spekulasi. Jangan menuduh tanpa bukti. Kes pun masih dalam siasatan.

“Saya dengan suami tak terlibat dengan Macau Scammer. Kalau tak percaya, itu terpulang. Apa-apa (perkembangan) saya akan update di account ini sahaja. Yang lain itu fake. Facebook saya tutup buat sementara waktu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” tulisnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.