Connect with us

Viral

[VIDEO] Allahu..Pelantar Minyak Dihentam Ombak Besar Akibat Tropika Pabuk

Beberapa kawasan pantai di negeri ini terkena tempias akibat rbut tropika Pabuk dengan deruan angin kuat hampir 50 kilometer sejam (km/j) direkodkan.

Penduduk juga mendakwa terdapat kerosakan kecil pada rumah kayu masing-masing.

Pengarah Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) Terengganu, Rosli Zakaria, berkata orang ramai sudah diingatkan supaya berjaga-jaga terhadap kemungkinan terdapat kerosakan pada bangunan dan kejadian pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat angin kencang pada kelajuan 46km/j disebabkan rbut itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Muhammad Suffi Mohd Ramli, pula menasihatkan nelayan tempatan dan pemilik bot supaya tidak turun ke laut sehingga ribut berkenaan dijangka berakhir, Jumaat ini.

“Sekiranya perlu, Maritim Malaysia mempunyai aset meliputi 100 kekuatan dan 13 kapal yang mana lima daripadanya dalam keadaan bersedia untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mana-mana kapal atau bot yang sudah berada di laut dan memerlukan bantuan kami boleh menghubungi ‘MERS 999’ atau memaklumkan pejabat Maritim Malaysia di Kuala Terengganu dan Kemaman atau pihak berkuasa lain,” katanya.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Pelancongan dan Kebajikan Nelayan Kuala Merang, Mohd Khairul Azizie Mohamad, berkata nelayan di kawasannya maklum mengenai amaran dikeluarkan pihak berkuasa.

“Ini dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini contohnya kehilangan nywa atau kapal. Bagaimanapun, beberapa bahagian di kampung kami terjejas juga akibat rbut berkenaan,” kata Mohd Khairul mewakili 2,000 penduduk dari 20 perkampungan nelayan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, nelayan, Ruslili Usof, 38, berkata ombak besar menghanyutkan 10 bubu miliknya yang dipasang di kawasan pantai.

“Saya kerugian kira-kira RM2,000. Saya amat bergantung kepada bubu berkenaan untuk merangkap ikan, lebih-lebih lagi ketika ini tidak dapat ke laut berikutan musim tengkujuh,” katanya.

Met Malaysia, dalam kenyataan media sebelum ini, memberi amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50km/j hingga 60km/j dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbhaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.

Keadaan itu berbhaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

PELANTAR MINYAK DIHEMPAS OMBAK BESAR

Rakaman video ini dimuat naik ke laman sosial Facebook dan Youtube menunjukkan keadaan di pelantar kawasan timur. Ombak yang tinggi dan agak laju menghempas pelantar. Semoga semua selamat.

Ribut Siklon dah sampai ke perairan Terengganu. Angin di tengah laut sekarang melebihi 60 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Doakan semuanya selamat. Laporan dari pelantar minyak.

Rakaman Di Platform 2 Pelantar

Rakaman Di Platform 1

Sumber: KL Viral

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.