Sungguh mulia hati para penduduk di New Zaeland. Hari ini sebagai menyatakan sokongan moral terhadap insiden yang membabitkan 50 nyawa di Christchurch, satu gerakan solidariti memakai hijab oleh wanita di seluruh New Zealand pada Jumaat hari ini.
Kumpulan ini memakai tudung dan juga berkempen untuk semua orang sama-sama memberikan sokongan kepada orang Islam.
Baca: Gengster New Zealand Bantu Jaga Keselamatan Umat Islam Solat Jumaat
Gerakan ini juga dilakukan sebagai salah cara untuk menggalakan dan memberi keberanian buat wanita bertudung supaya tidak berasa takut untuk menutup aurat.
Bukan Islam di New Zealand bangga berhijab
Hari ini dapat dilihat ketika solat Jumaat dilakukan, ada beberapa wanita dan juga kanak-perempuan mengenakan tudung walaupun mereka bukanlah beragama Islam.
Menyahut seruan solidariti, wanita di Auckland, Wellington dan Christchurch menyiarkan gambar diri mereka bertudung dengan penuh rasa rendah hati sebagai tanda keharmonian masyarakat tanpa mengira agama.
Ternyata sangat manis dan sopan mereka bertudung, semoga satu hari nanti Allah bukakan pintu hati mereka untuk mengenal keindahan yang ada dalam agama Islam ini.
Bukan saja orang awam, malah penguatkuasa beruniform juga turut sama menyertai kempen ini.
Semoga apa yang mereka lakukan ini dapat membuka mata seluruh dunia agar tidak memandang rendah kepada kaum muslimah terutamanya yang menutup aurat.