Connect with us

Viral

Ambil Anak Balik Sekolah, Ibu ‘Pening’ Tengok Gelagat Anak Salam ‘Boyfriend’ Buat Ramai Terhibur

Anak-anak sememangnya mempunyai telatah masing-masing dan terkadang perkara yang di buat itu diluar jangkaan ibu bapa. Ada sahaja yang nak dilakukan untuk menghiburkan. Senang kata boleh hilang penat kerja seharian apabila melihat telatah anak-anak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu ‘pening’ melihat telatah anaknya bersalaman dengan ‘boyfriend’ sewaktu mengambilnya pulang dari sekolah telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Nrazween_, kelihatan rakaman menunjukkan seorang budak perempuan sedang berada di tempat menunggu bas di sebuah kawasan sekolah.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai geli hati adalah budak perempuan tersebut dilihat menyalam teman lelakinya sambil diperhatikan ibunya yang sudah lama menunggu di dalam kereta.


“Kemain anak aku. Salam boyfriend dulu baru masuk kereta. Mak kau tunggu 10 minit ek untuk drama ni”. ujar ibunya.

Ibu kepada budak perempuan itu juga sempat bereloroh anaknya telah pun ‘diceramah’ sejurus sahaja masuk ke dalam kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terutamanya yang masih single meninggalkan komen lucu yang mana ‘jealous’ dengan gelagat adik tersebut yang sudah mempunyai teman lelaki di usia masih kecil sedangkan mereka yang dah ‘berusia’ pun masih belum berpunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan budak perempuan tersebut masih teralu kecil untuk memahami baik buruk sesuatu perkara dan ianya merupakan tugas ibu bapa untuk menerangkan perkara itu kepadanya.

Antara komen warga maya:

“abi, umi balik dlu ek”

“cinta terhalang oleh pagar besi sekolah”


“hormat sikit orang single dek”

“nanti explain kat anak.. tak leh wat macam tu.. dia ta tahu lagi.. budak lagi..”

“omaigod dulu waktu kecik laki tersentuh punya lap kat member”

“jeles akak di siniii huaaaa singleee”

Video yang tular di laman TikTok:

@azwnrsmn Kemain anak aku..salam boy friend dlu baru masuk kreta..mak kau tunggu 10 minit ek utk drama ni 🙄 #fypdongggggggg #foryoupage ♬ original sound – Bubih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.