Connect with us

Selebriti

“Doktor masih tak dapat solution,” Alami Penyakit Misteri, Kaki Amyra Rosli Ada Kesan Lebam2

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Pelakon Amar Baharin memaklumkan sendiri di laman instagramnya, bahawa isterinya  Amyra Rosli kini sedang berehat dari penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Isterinya sekarang berada di hospital kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian badan sehinggakan sukar untuk berjalan serta batuk yang tidak berhenti.

Semua ini berlaku disebabkan selepas mendapat positif SAR Covid-2 pada 6 Mac lalu.

Amar Baharin menjelaskan, sehingga kini Doktor masih belum ada penyelesaian kepada penyakit isterinya.

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Menerusi laporan mStar, Amar berkata isterinya iru diberikan rehat selama beberapa hari.

“Amyra diberi rehat tiga hingga empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami sakit sendi dan bengkak pada beberapa bahagian dan yang paling teruk ialah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapat rawatan perubatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan jika Amyra hanya berehat dirumah.

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad supaya doktor boleh memantau keadaanya”, jelas Amar

Amar Baharin juga memaklumkan di laman instagram miliknya, keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Amyra Rosli telahpun menjalani ujian darah namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tiada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat beri penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya.

Bagaimana pun, Amyra Rosli masih menjalankan penggambaran drama tersebut seperti biasa namun apabila keadaan semakin teruk dia diberikan waktu rehat beberapa hari.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata ini, memohon agar wargamaya yang pernah mengalami situasi yang sama dengan isterinya sudi berkongsi cara rawatan.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar kesihatan Amyra Rosli kembali sihat seperti sebelumnya.

Terdahulu, Amar Baharin dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan kini memiliki dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.