Connect with us

Viral

Anak 10 Bulan Menangis Sakit Perut, Ibu Kesal Jiran Selamba Suap Air Berkabonat

Pemakanan bayi mengikut umur adalah penting kerana ianya bukan sahala melibatkan tumbesaran malah juga untuk kesihatan.

Bayi bawah 6 bulan hanya bergantung pada susu ibu kerana itulah makanan yang terbaik buatnya pada umur tersebut.

Pun begitu, berbeza pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu terpaksa hadap detik cemas apabila jiran memberikan anak perempuannya air berkabonat untuk diminum mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @bee_naiscyaa, jirannya itu memberikan air berkabonat 100 plus kepada anaknya yang masih kecil dan belum berumur setahun.

Difahamkan, si ibu meminta pertolongan jiran untuk menjaga anak yang berumur 10 bulan itu kerana ingin ke kedai untuk membeli barang buat sementara waktu.

Sesudah dia pergi kedai dan menuju ke arah stroller anak, dia dapat melihat jirannya itu sedang menyuapkan sedikit air bergas itu kepada anaknya.

Selepas itu, dia bergegas pergi ke arah jiran untuk memberitahu air berkenaan tidak elok untuk anak-anak kecil.

Lebih merisaukan adalah si anak mula meragam dan menangis semalamam kerana disyaki sakit perut kerana disuap air berkarbonat itu.

Ibu ini juga akui trauma untuk membawa anaknya berjumpa dengan orang setelah berlaku kejadian tersebut kerana masih ada orang yang tidak bertanggungjawab dan kurang pengetahun tentang pemakanan budak.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang selamba menyuapkan makanan yang tidak sepatutnya kepada anak yang masih kecil.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menasihatkan ibu diluar sana agar lebih protective apabila sudah mempunyai anak kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Berikut merupakan komen warga maya:


Video yang tular di laman TikTok:

@bee_naiscyaaAir 100plus kot 🥲 tanpa tanya terus suap , bg rasa konon nya . Bila kita tegur katanya ank dorg dulu suap mcm2 hidup je , ya Allah 🥺

♬ original sound – Syahmi Hisham

@bee_naiscyaa Reply to @n_lieyrahmat anggun lembik sbb sakit perut baru lps kena suap air 100 plus 🥲 meragam teruk #baby10months #teguran ♬ original sound – Bubih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.