Connect with us

Viral

Anak 3 Kali Positif C-19, Ibu Doa Penyakit ‘Pindah’ Kepadanya

Peningkatan kes wabak pandemik kembali menghantui kita apabila angka yang dulunya rendah kini meningkat saban hari menjelang Februari 2022. Tidak dinafikan, angka tersebut memberi impak yang besar buat kita semua.

Bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak juga turut terkesan termasuklah si kecil yang berusia tiga tahun sembilan bulan ini dimana sudah tiga kali dijangkiti virus C-19.

Memetik laporan mStar, Nurul Syafika Supardah, 19, berkata anaknya Nurul Miftahul Jannah pernah dijangkiti virus berkenaan pada Mac dan Mei 2021 sehinggalah episod duka itu kembali berulang pada Sabtu lalu.

“Saya, suami dan anak pernah dijangkiti C-19 pada Mac 2021. Pada waktu itu, kami berjangkit dengan suami. Saya dan anak menjalani kuarantin di rumah manakala suami di Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang).”

“Kali kedua pada pertengahan tahun lepas, hanya saya dan anak yang dijangkiti C-19. Pada waktu itu pun kami hanya kuarantin di rumah.”

“Pada Disember tahun lepas, anak saya pernah masuk hospital kerana demam dan batuk, doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru. Nafasnya juga laju. Masa tu dia dimasukkan ke hospital selama enam hari, tapi dia negatif ujian C-19.”

“Bagaimanapun Sabtu lalu, kami sekeluarga sekali lagi buat ujian saringan C-19 dan hanya anak saya yang positif. Maknanya ini kali ketiga dia positif C-19.”

“Pada Isnin petang, anak saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana nafasnya jadi laju. Kemungkinan ada jangkitan pada paru-paru lagi,” imbas ibu muda itu.

Dalam mas ayangsama, dia dan suami Kharill Syahzzwan Abdullah, 22 akui menyesal dengan kunjungan tersebut yang dianggap sebagai punca penderitaan anak tunggal mereka yang sekali lagi dijangkiti wabak berkenaan.

“Kami baru balik holiday di Melaka. Selepas balik, kami buat ujian saringan C-19 sendiri, hanya anak saya yang positif. Hari ini (Selasa) kami sekeluarga akan buat saringan sekali lagi.”

“Sebagai ibu, sudah tentu perasaan saya sedih. Tengok anak jadi macam ni, kalau boleh saya nak penyakit itu dipindahkan kepada saya.”

“Biar saya sendiri yang kena. Benda nak jadi, kita pun tak tahu dan tak nampak. Bila tengok dia kena cucuk dan menangis, kita sebagai ibu yang rasa seksa.”

“Kalau tahu nak jadi macam ni, kami tak ada pergi. Kami bertiga bercuti ke Melaka dan kawan-kawan suami pun ikut sekali,” ujar Eyka yang menetap di Kuala Langat, Selangor itu.


Eyka juga sempat berpesan kepada para ibu bapa agar lebih berwaspada agar perkara yang sama tidak berlaku kepada anak-anak kita.

“Pesanan saya kepada ibu bapa di luar sana, elakkan pergi bercuti. Fikir anak dan situasi sekarang. Benda tak nampak tapi boleh terjadi sekelip mata, boleh terjadi bila-bila masa.”

“Orang kata, jangan dah jadi baru nak menyesal. Ini merupakan pengajaran untuk saya juga.”

“Ujian kali ini membuatkan saya sedar untuk tidak sesuka hati bawa anak keluar,” ujarnya yang sudah berumah tangga sejak tahun 2019.

Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.