Connect with us

Viral

Anak Berlari Ke Pusara Bapa Bawa Anugerah Cemerlang, Ibu Kongsi Rasa Sebak

Perasaan duka kehilangan ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditelan. Malah perlukan jangka masa yang lama untuk pulih dari perasaan trauma tersebut.

Namun siapalah diri ini nak menolak takdir Tuhan? Kita sebagai hambaNya harus yakin dengan qada dan qadar Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang.

Sama seperti seorang pengguna TikTok bernama @arysu87 yang sering kali berkongsi memori lamanya bersama arwah suaminya menerusi aplikasi tersebut.

Difahamkan, ibu tunggal yang dikurniakan dua orang anak lelaki ini kehilangan suaminya pada awal bulan Januari lalu. Arwah suaminya juga dikatakan meninggal akibat terlibat dalam kemalangan.

Namun baru-baru ini, wanita tersebut telah memuat naik sebuah video di mana anak bongsunya berlari meluru ke pusara bapanya untuk berkongsi khabar gembira di mana dia memperoleh anugerah kecemerlangan di sekolah.

Wanita yang merakam situasi tersebut turut sebak melihat anaknya, Haziq, 10 masih ingat akan arwah bapanya walaupun sudah kembali ke negeri abadi.

Haziq juga difahamkan rapat dan manja dengan arwah ayahnya itu. Jadi tak hairan lah jika budak lelaki tersebut susah untuk melupakan arwah.

Video tersebut dirakam dari jarak jauh oleh wanita tersebut namun dia melihat sendiri mulut anaknya itu terkumat-kamit di hadapan pusara suaminya seolah-olah bercerita tentang kejayaannya itu.

Selain berjaya mendapat perhatian ramai, netizen turut sebak dan faham akan keadaan anaknya itu kerana kehilangan tulang belakang dalam keluarga pada usia yang sangat muda bukanlah sesuatu yang mudah.

Sejak video tersebut dikongsi, ianya tular sehingga ditonton sebanyak 434.4 ribu kali dan mengumpul 49.6 ribu tanda suka.

Video yang tular di TikTok

@arysu87allahhuakbar..jtuh air mate ibu..bile ank yg rapat n manje gn ayh,dtg bwa anugerah cmerlang dpusara.nk cerita kt arwah ayh.♬ Ayah – Laoneis

Melihat di ruangan komen pula, ramai yang mengaku mereka turut mengalirkan air mata tak kira lelaki mahupun perempuan. Selain itu mereka juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Haziq. Netizen turut sempat mendoakan agar segala urusan keluarga itu dipermudahkan oleh Allah SWT.

Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Ayah Dia Mesti Bangga”

“Tahniah adik awak dh bangga kan arwah ayah awak”


“Allahuakbar. semoga adik Haziq berjaya dunia akhirat dan semoga dipermudahkan segala urusan. amin🥰”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.