Connect with us

Semasa

Anak Buat Hal ‘Merayau’ Masa PKP, Bapa Terpaksa Korek Tabung RM1 Bayar Denda

Bermula 8 April 2020 yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, ada segelintir rakyat Malaysia yang ingkar PKP telah dikenakan bayaran kompaun tersebut. Terbaru, seorang pengguna Facecook iaitu Siti Rohaiza ada berkongsi kisah sedih selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa […]

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mula mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 8 April 2020 yang lepas.

Namun begitu, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang ingkar PKP telah dikenakan bayaran kompaun tersebut.

Terbaru, seorang pengguna Facecook iaitu Siti Rohaiza ada berkongsi kisah sedih selepas menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa untuk membayar denda anaknya yang ingkar PKP.

“Terima bayaran kompaun pagi tadi dari seorang bapa. Yang kena anaknya berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling?

“Kenapa guna duit RM1? Jenuh Iza nak mengira pagi tadi. Bila ditanya, jawapannya ‘korek tabung’. Sentap hati ni dengar.”

Menerusi perkongsian tersebut, Siti Rohaiza yang berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan memberitahu dia telah menerima bayaran kompaun daripada seorang bapa.

Tetapi apa yang mengejutkannya adalah individu tersebut membuat pembayaran dengan menggunakan duit syiling dan helaian duit RM1 yang sangat tebal.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan, Rohaiza kemudian bertanya kepada si bapa berkenaan mengenai perkara itu.

Malah, lebih meruntun hati apabila si bapa tersebut memberitahu dia telah mengorek tabung semata-mata untuk membayar kompaun yang dikenakan terhadap anak lelakinya itu.

“Wahai anak-anak sekalian terutama yang masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.

“Janganlah mengada-ngada nak lepak-lepak dengan kawan-kawan bagai. Jangan mengada-ngada konon-konon tunjuk hero naik motor merayap sana sini. Sekali kena nah ko susahkan mak pak.

“Korang ingat senang nak cari duit? Iza doakan bila anak-anak ni da bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni. Perit wei kira duit tabung semata-mata nak bayar kompaun untuk anak.”

Dalam pada itu, Rohaiza turut mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah supaya mematuhi segala arahan dan undang-undang yang diperintahkan.

Menurutnya lagi, janganlah menggunakan tempoh PKP ini untuk melepak dan membuat perkara tidak berfaedah sebaliknya duduklah di rumah.

Jika anak-anak ini ingkar PKP, maka ianya akan memberi kesan kepada ibu bapa dan secara tidak langsung menyusahkan mereka dengan membayar denda yang telah ditetapkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.