Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Namun terkadang ada juga karenahnya yang membuatkan para ibu bapa ‘naik hantu’ melihatnya.
Berbeza pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana di ayah kelihatan kekal tenang ketika anak ‘buat hal’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ammarrahim1993. kelihatan dua orang adik beradik kembar sedang mandi di dalam sebuah bilik air.
Bagaimana pun, waktu mandi semamngnya boleh bertukar waktu bermain untuk anak-anak di usia begini sehinggakan rumahnya banjir gara-gara gelagat anaknya itu.
Seronok betul tengok dia bermain siap menyembur air sehingga di luar bilik air seolah-olah sedang berada di taman tema air dari gayanya.
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah reaksi si ayah yang hanya tenang merakam perkara tersebut sehingga netizen berseloroh mengatakan bahawa mungkin reaksi yang berbeza akan diberikan jika mereka yang berada di tempat ayahnya itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 147.1K tontonan, 22.7K tanda suka, 387 komen dan 197 perkongsian di appikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah dua orang anak kembar ini yang sangat ‘rancak’ bermain air sehinggakan banjir dibuatnya.
Bukan itu sahaja, malah para netizen juga memuji sikap si bapa yang tenang dan membiarkan anaknya berseronok dan menjadikan bilik air tersebut seolah=olah seperti taman tema.
Antara komen warga maya:
“Sonok kau ye.”
“Seronoknya zaman kanak-kanak.”
“Nanti diorang dah besar tunjuk video ni balik kat diorang.”
“Wahai anak, jangan sampai mami ambik hanger.”