Connect with us

Viral

[VIDEO] Tak Sampai Seminit Tinggal Nak Tutup Pintu, Ibu Terkejut Anak Dah ‘Lemas’ Dalam Baldi

Bukan mudah tugas yang digalas suri rumah, tiada istilah cuti bagi mereka dalam memastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan teratur.

Namun begitu, masih ada segelintir yang berpendapat tugas suri rumah mudah di mata mereka.

Tugas suri rumah bukan hanya membuat kerja rumah, malah pada masa yang sama mereka juga perlu menjaga anak-anak kecil dirumah.

Si ibu juga perlu memantau segala pergerakan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tidak sampai seminit anak dah tertonggeng dalam baldi

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebook yang Dyla Adnan, ibu ini berkongsi kisahnya di media sosial.

Ibu ini berkongsi mengenai detik cemas yang dialami olehnya apabila anak perempuannya Adinda hampir lemas di dalam bilik air.

Peristiwa hitam dalam hidup 

“Aku nak korang semua alert tentang air, bilik air, tolong sangat-sangat sebelum jadi macam kes aku. Aku leka, aku cuai. Maafkan mami anak-anak.”

“Pada 11 Jun 2021 hari jumaat, aku macam biasa petang-petang bawak anak jalan-jalan kat bawah main dengan anak jiran.”

Tak sambil seminit anak dah tertonggeng dalam baldi air

“Then dah pukul 7 aku naik dan aku nak mandikan diorang. Pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali.”

“Tapi nak jadikan cerita aku nak tutup pintu rumah. Then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana, aku cakap dalam toilet.”

“Sekelip mata seminit pon tak sampai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air. Anak aku adinda setahun sebulan.”

Anak aku dh lembik

“Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit. Sambil aku panggil, aku terus angkat anak aku.”

“Anak aku dah lembik wey, laki aku goncang-goncang dia bagi sedar. Aku memang panik tapi aku terus buat cpr kat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr.”

Mak ayah kena tahu macam mana nak buat CPR

“Korang mak ayah kena tahu apa patut buat time itu dan amik tahu macam mana nak buat CPR kalau anak jadi macam aku. Penting sangat.”

“Jangan terus pergi hospital, pastikan dia muntak air dari badan dia tue. Aku sebab Allah detikkan akal aku untuk buat tue, Allahakbar.”

Anak aku muntah lepas tue

“Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu, weyh dia dah nafasssss. Aku tetap buat bende sama dan tepuk-tepuk belakang dia. Lepas tu terus pergi hospital.”

“Asalkan dia dah bernafas, tapi kalau kitorg tak buat cpr dan terus pergi je hospital. Mungkin anak aku dah xde, tapi alhamdulillah.”

Amanah ini diberikan peluang kedua

“Allah panjangkan umurnya. Aku bersyukur Ya Allah, amanah ini diberikan peluang kedua.”

“Pada 12 Jun 2021 hari sabtu, buat swab test sebab kena masuk wad. Pukul 12.00 tengah malam buat swab.”

Dinda tak menangis pun buat swab test

“Powernya dinda mungkin dia lemahkan buat swab tu dia xbunyi pon gosok-gosok hidung je. Aku risau dia melalak sebab sakit jugak weyh.”

BACA: “Bangunlah Hana,” Keputusan SPM Cemerlang, Bapa Sayu Anak Masih Terlantar di ICU

“So dapat result pukul 2.30pagi. Aku cangkung je weyh sbelah dia dari 7.45malam sampai hospital tu. Badan aku sakit sebab benda mengejut.”

Alhamdulillah, dinda dah selesa

“Jam 3.00 pagi masuk wad, alhamdulillah. Lega aku, selesa dah dinda nak berehat.”

“Sampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata je aku teringat anak aku masa kejadian tu.”

“Korang semua tolong alert dan jangan panik, buat apa yang sepatutnya taw. Awasi anak-anak supaya benda buruk ni tidak berlaku kat korang. Sekelip mata jeee.”

Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif

“Pada 13 Jun 2021, hari Ahad sebelum keluar wad, adinda sempat ziarah semua bilik.”

“Merayap sambil sengih-sengih, aku pon layankan je. Tenghari tu kami berdua keluar wad sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman adinda mikayla. Alhamdulillah.”

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika dalam kecemasan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.