Bagi setiap individu yang bergelar ibu bapa, pasti sudah terlalu masak dengan kerenah setiap daripada anak-anak mereka. Ada yang begini ada yang begitu.
Walaupun bermacam-macam ragam dan permintaan, ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak yang disayangi. Malah akan tetap mencuba untuk memenuhi kehendak mereka walaupun terpaksa bersusah payah.
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang ibu terpaksa membungkus makanan yang dimasaknya ala-ala kedai makan untuk diberi kepada anaknya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @m4kberuang di TikTok, anaknya yang bernama Arissa enggan makan makanan yang disediakan di rumah kerana sudah terbiasa makan makanan yang dibungkus dari kedai.
Untuk membuatkan Arissa makan, wanita ini telah muncul dengan satu idea di mana dia meletakkan telur dadar dan nasi yang dimasaknya ke dalam bekas plastik makanan manakala sup pula dibungkus dan diikat!
Bukan itu sahaja, untuk menampakkan lakonannya lebih ‘real‘, dia turut memasukkan kedua-dua bungkusan itu tadi ke dalam beg kertas lalu dihulurnya beg kertas itu kepada Arissa.
Arissa yang dilihat teruja dengan bungkusan yang diberi langsung terpedaya dengan helah si ibu. Selesai sahaja membaca doa makan, dia begitu berselera menjamah nasi bujang yang disediakan oleh wanita tersebut.
Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila Arissa siap menggoyang-goyangkan badannya kerana gembira disuap makanan dari ‘kedai’ oleh ibunya sambil menunjukkan thumbs up!
Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lalu, ianya berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak hampir 400 ribu serta mendapat 28.7 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepintaran wanita ini dalam usaha untuk memberi anaknya makan. Secara tidak langsung, wanita ini turut memberikan idea kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami situasi yang sama.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“😂😂😂😂… pandai mak dia…”
“wah pandai idea ni 😂”
“🤣🤣🤣🤣 boleh tiru ni…”
“Hahahahahahah ibu mmg scammer paling bijak 😂😂😂”
Video yang tular di laman TikTok