Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah besarnya kasih ibu dan bapa kepada anak yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Pengorbanan ibu dan bapa harus dijadikan inspirasi oleh anak-anak untuk berjaya dalam hidup dan membalas jasa kedua orang tua yang telah membesarkan kita.
Ketika kecil, anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh, ketika kita dewasa giliran anak-anak pula membalas jasa dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada orang tua kita.
Impian ibu bapa terpaksa pendam demi melihat anak-anak membesar
Kadang-kala kejutan untuk ibu dan bapa yang dilakukan oleh anak-anak antara momen indah yang ada dalam hidup mereka ketika ibu dan bapa meniti masa tua mereka.
Kadang kala hadiah yang diidamkan mereka tidaklah terlalu mewah, namun impian itu mungkin telah lama dipendam demi masa depan anak-anak yang membesar.
Hadiahkan motosikal idaman buat bapa
Seperti kisah seorang wanita di aplikasi TikTok yang bernama Wan Nur Amirah yang berkongsi momen indah menghadiahkan ibu dan bapanya hadiah yang sudah lama mereka impikan.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, kelihatan sebuah lori datang dan menurunkan sebuah motosikal yang dihadiahkan kepada bapanya.
Tergambar kegembiraan di wajah tua itu
Kejutan tersebut membuatkan ayahnya tersenyum lebar dan gembira dengan hadiah yang diberikan oleh anak perempuannya itu.
Bapanya sekali lagi menerima kejutan apabila ada nota yang ditinggalkan di dalam seat motosikal berkenaan yang diletakkan oleh anaknya.
Ayah sebak hingga mengalirkan air mata
Ketika membaca ucapan yang dituliskan itu, kelihatan si ayah terus sebak dan turut mengalirkan air mata dengan ucapan istimewa si anak untuk ibu dan bapanya.
Memandangkan hari lahir ibunya juga jatuh pada hari yang sama, ibunya turut dihadiahkan seutas gelang emas yang turut diletakkan di dalam seat motor.
Walaupun hidup susah namun dia dilimpahi dengan kasih sayang ibu dan ayah
Wanita tersebut turut berkongsi walaupun mereka sekeluarga hidup susah namun ibu dan ayahnya memberikan kasih sayang yang secukupnya dalam membesarkannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan perkongsian yang dimuat naik oleh Wan Nur Amirah itu.
@mierahmcteqpart3.. Semoga Allah panjangkan umur kedua ibu bapa ku spaya aku dapat berbakti lebih lama untuk mereka😭😭🤲🏻♬ Anak – Achey
Video tersebut raih hampir 500,000 tontonan
Mereka turut mendoakan agar wanita ini dimurahkan rezeki dan berharap wanita ini menjaga ibu dan bapanya dengan sebaik mungkin.
@mierahmcteqSelagi mak ayah kita masih hidup, sentiasa lah berusaha utk berbakti kpda mereka.. tak semestinya kita bls dgn wang ringgit, cukup jadi anak yg baik🥰♬ الصوت الأصلي – سمّسمّ
Perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok ini telah meraih hampir 500,000 tontonan selepas video tersebut di muat naik.