Malang tidak berbau, namun begitu kita disarankan untuk sentiasa berhati-hati demi menjaga keselamatan diri dan orang ramai.
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang pengguna berkongsi satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah kereta merempuh pintu sebuah bank di Sepitang, Sabah.
Kanak-kanak tertekan pedal minyak tanpa sengaja
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila dua orang kanak-kanak ditinggalkan ibunya di dalam kereta didakwa menekan pedal minyak tanpa sengaja.
Sebuah kereta melanggar pintu masuk maybank
Awal pagi ani punya cerita cepat beberapa minit aku limpas sana. Si mamakan ambil duit, anak di dlm kereta. Si adik menekan minyak si kakak termasuk gear”.
“Rasanya xda sapa sapa cedera dan nasib langgar pintu opis maybank padahal ramainya orang bebaris di luar tu tadi ku tenguk. Hati2 guys yang bawa anak-anak ke mana-mana tu”.
Bagaimanapun, bapa kepada kedua orang kanak-kanak tersebut tampil memohon maaf atas kesilapan mereka menerusi satu posting di Facebook.
Mohon maafkan saya dan isteri
Isteri saya ke atm untuk mengambil duit
Kejadian itu merupakan pengajaran buatnya dan isteri. Dia turut meminta agar orang ramai tidak memberi komen keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan maruah mereka.
“Kejadian sebenar isteri saya ke atm maybank untuk mengambil duit. So anak saya berumur 5 tahun dan 3 tahun tinggal dalam kereta”.
“Tak tahu apa anak-anak buat dalam kereta dan terus melanggar pintu cermin maybank” tulisnya.
Syukur anak-anak semua ok
Seribu kemaafan kepada semua yang ada
“Syukur juga anak-anak semua ok, lain kali jangan tinggalkan anak dalam kereta sambil hidup enjin”.
“Segala teguran dan nasihat di terima tapi jangan smpai menjatuhkan. Seribu kemaafan untuk pihak maybank sipitang dan semua yang ada di sana. Mohon di maafkan saya dan isteri”.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya netizen mengucap syukur kerana tiada orang cedera walaupun pada ketika itu sudah ramai yang beratur untuk masuk ke dalam bank.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada semua untuk lebih berhati-hati supaya perkara sebegitu tidak berlaku lagi.