Mempunyai anak adalah impian setiap insan yang telah mendirikan rumah tangga. Manakan tidak, selain ingin mempunyai pewaris, kehadiran cahaya mata juga menambah keceriaan dalam keluarga.
Sebut tentang anak, pasti pelbagai ragam apatah lagi bila dalam fasa membesar. Ada sahaja yang ingin dilakukan membuatkan ibu ayah pening melayan. Pun begitu, itulah kenangan yang akan dibawa sehingga tua dan mudah kata, boleh sunyi jika tiada mereka di rumah.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak yang dilumur lebih 100 biji telur mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dapat kita lihat anaknya riang bermain dengan telur yang telah pecah seakan berada di taman tema air.
Difahamkan, telur tersebut bertujuan untuk jualan murtabak namun harus bersabar dan hanya mampu melihat anaknya mandi telur.
“Anak oh anak…sabar jela…telur dah menjadi bubur” ujarnya di laman TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat gadis bahkan ada juga yang akui baunya ‘menyengat’ dan sukar untuk dihilangkan malah netizen pening bagaimana hendak mencuci nya.
Bukan itu, ada juga yang berseloroh mengatakan mereka akan memangis hanya kerana harga telur yang melambung pada masa kini
Antara komen warga maya:
“Anak2 terjatuhkan telur dalam peti ais pun berhari juga nak hilang hanyir 1 rumah, ni kan banyak gini..”
“Beli kat mana telur tu pecah keluar baby bukan anak ayam..”
“Boleh lah taburkan sikit garam, bawng dan cili potong pastu goreng.. tak membazir”
“Tak tahu nak nangis ke nak ketawa tapi memang nak marah pun”
“Sis pernah rasa macam tu dengan anak buat muka tak bersalah.. sabar je..”
Video yang tular di laman TikTok: