Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Sebagai ibu bapa, kita pastinya akan membawa anak-anak ke taman permainan sama ada di luar mahupun dalam, untuk mengembirakan anak mereka atau meluangkan masa bersama.
Sudah tentu di taman permainan terdapat kanak-kanak sebaya yang turut bermain di kawasan itu dan menjadi tugas kita untuk memantau anak yang masih kecil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan seorang budak perempuan dalam lingkungan 1 tahun menangis kerana didakwa diperlakukan kasar oleh seorang budak yang lagi besar darinya sehingga mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yan dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @deenahoney0211, kelihatan anak kecilnya ditolak, ditarik, malah dicubit oleh seorang budak perempuan yang juga bermain dalam taman permainan itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 8.6M tontonan, 516.3K tanda suka, 5597 komen dan 1047 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kesian melihat anak kecil itu ditarik, ditolak dan dicubit oleh kanak-kanak yang lain.
Tidak cukup dengan itu malah para netizen juga meluahkan rasa geramnya terhadap ibu anak kecil itu kerana hanya merakam dan tidak melakukan apa-apa seperti menghalang budak yang berkasar terhadap anaknya.
Menjawab segala kecaman netizen, wanita ini tampil memaklumkan bahawa dirinya sudar menegur budak itu sebanyak tiga kali tapi tidak didengari dan masih melakukan ia didepannya.
Bukan itu sahaja, dia juga akui tidak mahu memarahi budak tersebut kerana bimbang akan menjadi kes lain dan akhirnya, beliau membawa anaknya keluar dari kawasan tempat permainan berkenaan.
Antara komen warga maya: