Connect with us

Viral

Anak Merajuk Siap Ugut Nak Lari Rumah, Tapi Akhirnya Cair Kena Pujuk Dengan Ibu!

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Iospital phone repair gombak
Dek kerana budak-budak bawah umur masih belum matang dalam membuat keputusan, ada saja benda bukan-bukan yang mahu dilakukan kerana terlalu mengikutkan emosi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki bernama Qasy ingin lari rumah kerana terasa hati dengan ibu bapa mereka mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yusmalisa_shazrenda, kelihatan dia sedang mengemas pakaian untuk dimasukkan didalam beg bahkan dalam minggu itu sahaja, dia sudah membuat keputusan untuk lari rumah sebanyak 3 kali.

Melihat sahaja anaknya mencapai basikal untuk keluar daripada rumah, wanita ini bagaimanapun cuba untuk memujuk anaknya dan pelbagai janji yang diberikan demi menghentikan ‘drama’ anaknya itu.


Tidak cukup dengan itu, permintaan Qasy untuk memiliki permainan video PS5 juga dipersetujui oleh wanita ini bahkan berseloroh mengatakan ayahnya akan membelikan permainan video itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melibat gelagat si ibu yang memujuknya dengan pelbagai cara.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui teringat zaman chilhood dimana ada yang pernah berniat untuk lari namun akhirnya pulang ke rumah semula.

Netizen juga mengatakan ini akan menjadi memori yang terindah satu hari nanti buat budak lelaki itu.

Antara komen warga maya:

“Adik akak dulu macam ni dik, tapi lari rumah nenek je la sebab rumah nenek dekat”

“Macam adik aku dulu nak lari rumah.. pukul 6:30 petang lari, 7:30 balik semula sebab maghrib dia cakap takut n banyak nyamuk”


“Mak dia punya takleh serious siap nyanyi2 lg sunshine”

“Hahahaha comel je.. mak dia pun masuk air..”

“Uncle pun dulu pernah macam ni dik.. last2 kena ikat kat pokok jambu tepi parit

“Anak aku pulak terbalik.. dia cakap nak lari rumah mama yang tolong kemas baju dan letak kat luar rumah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@yusmalisa_shazrenda Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia. #qasyqaiser ♬ original sound – yusmalisa shazrenda

Continue Reading
Advertisement