Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan setiap pasangan yang berumah tangga pasti akan menceriakan lagi suasana.
Manakan tidak, gelagat mereka yang comel dan nakal itu nyata membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.
Mudah kata, hilang penat kerja seharian jika melayan telatah anak-anak. Boleh sunyi dibuatnya jika tiada gelak tawa mereka.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini kelihatan seorang anak ‘naik sheikh’ berjoget ketika ayahnya sedang asyik berdangdut mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lensakuphotographykl, kelihatan seorang ayah berada di ruang tamu rumahnya bersama anak lelakinya.
Dapat kita lihat, si ayah sedang sakan menyanyikan lagu dangdut manakala anaknya rancak menari seolah-olah melayan lagu yang dinyanyikan.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah pampers anaknya dilihat sudah penuh dan melayut ke bawah semasa dia sedang menari.
Ayahnya yang tidak perasan perkara tersebut hanya menyambung nyanyian membuatkan ramai tidak kering gusi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat dua beranak ini malah ada yang mengatakan anaknya memang sebiji ikut perangai ayah dan tidak perku DNA test.
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan pampers yang dipakai itu telahpun ‘full tank’.
Antara komen warga maya:
“No DNA test needed”
“Abang tukar pampers anak dulu sebelum karok.. barulah makin rancak..”
“Pampers tak relax geng”
“Dik, dah full tank tu dik”
“Sah ikut perangai bapakk”
“Comelnyaa pampers labuh dia tu”
“‘Pakcik kaki kelab dangdut’ terperangkap dalam badan baby”
“Percayalah dek.. kau akan terkenal nanti..”
Video yang tular di laman TikTok: